Hmmm, asal soal halal je panggil akak. Esok akak kerja dengan Halal Malaysia aje lah. Malas membebel panjang, jom akak nak cerita sikit pasal Barista Bros yang sedap dan kegilaan ramai ni.
Barista Bros ni keluaran Coca Cola Australia.
Ni akak ada lah sembang dengan si Dan dari Coca Cola Amatil hari tu, demi korangkan. Faham mencari halal itu fardhu ye dak? Coca-cola Amatil ni salah satu bottlers terbesar untuk minuman tidak beralkohol di kawasan Asia-Pacific dan salah satu daripada lima Coca Cola bottlers yang utama. Dia beroperasi dekat Australia, New Zealand, Indonesia, Papua New Guinea, Fiji dan Samoa.
Jadi ni apa jawapan si Dan dekat akak bila tanya status halal. .
“𝐻𝑎𝑙𝑎𝑙 𝑐𝑒𝑟𝑡𝑖𝑓𝑖𝑐𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑟𝑒𝑞𝑢𝑖𝑟𝑒𝑠 𝑠𝑖𝑔𝑛𝑖𝑓𝑖𝑐𝑎𝑛𝑡 𝑐ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑠 𝑖𝑛 𝑡ℎ𝑒 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑓𝑎𝑐𝑡𝑢𝑟𝑒 𝑎𝑛𝑑 𝑝𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑜𝑓 𝑜𝑢𝑟 𝑝𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑡𝑠. 𝑊𝑒 ℎ𝑎𝑣𝑒 𝑒𝑣𝑎𝑙𝑢𝑎𝑡𝑒𝑑 𝑡ℎ𝑒 𝑝𝑜𝑠𝑠𝑖𝑏𝑖𝑙𝑖𝑡𝑖𝑒𝑠 𝑎𝑛𝑑 𝑎𝑡 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑠𝑡𝑎𝑔𝑒 𝑖𝑡 𝑖𝑠 𝑛𝑜𝑡 𝑐𝑢𝑟𝑟𝑒𝑛𝑡𝑙𝑦 𝑓𝑒𝑎𝑠𝑖𝑏𝑙𝑒 𝑡𝑜 𝑚𝑜𝑣𝑒 𝑡𝑜𝑤𝑎𝑟𝑑 𝐻𝑎𝑙𝑎𝑙 𝑐𝑒𝑟𝑡𝑖𝑓𝑖𝑐𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛. 𝑇ℎ𝑖𝑠 𝑖𝑠 𝑠𝑜𝑚𝑒𝑡ℎ𝑖𝑛𝑔 𝑡ℎ𝑎𝑡 𝑤𝑒 𝑐𝑜𝑛𝑡𝑖𝑛𝑢𝑎𝑙𝑙𝑦 𝑚𝑜𝑛𝑖𝑡𝑜𝑟 𝑎𝑛𝑑 𝑒𝑣𝑎𝑙𝑢𝑎𝑡𝑒..𝐵𝑎𝑟𝑖𝑠𝑡𝑎 𝐵𝑟𝑜𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑎𝑙𝑐𝑜ℎ𝑜𝑙𝑖𝑐 𝑏𝑒𝑣𝑒𝑟𝑎𝑔𝑒𝑠. 𝑊𝑒 𝑑𝑜 𝑛𝑜𝑡 𝑎𝑑𝑑 𝑎𝑙𝑐𝑜ℎ𝑜𝑙 𝑎𝑠 𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑟𝑒𝑑𝑖𝑒𝑛𝑡, 𝑎𝑛𝑑 𝑛𝑜 𝑓𝑒𝑟𝑚𝑒𝑛𝑡𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑡𝑎𝑘𝑒𝑠 𝑝𝑙𝑎𝑐𝑒.”
– Dan, Coca Cola Amatil
Faham tak? Jadi ringkasnya ianya
Tidak mengandungi alkohol. Tidak ada berlakunya fermentation. Additives 466, 471 dan 407 dalamnya tidak mengandungi mana-mana unsur haiwan. Semuanya daripada tumbuh-tumbuhan.
Sesuai untuk halal, kosher dan lactarians walaupun tidak certified. Dan mengandungi product tenusu.
Ingat bukan hanya halal jakim yang di terima dunia ni anak-anak. Kena faham juga tak ada logo Halal bukan bermakna tak boleh makan atau minum. Yang penting check ingredients dia. Kalau ragu-ragu boleh tanya direct dengan company pengeluar.
Perusahaan luar negara ni ada waktunya tak nak ambil halal disebabkan adanya Islamophobic selain prosedur mereka lebih rumit . Sekiranya mempunyai logo halal akan diboikot sebab adanya gerakan Anti-Halal dekat sana..Boleh check perbualan akak dengan si Dan dekat bawah. So apa lagi, jom dapatkan Barista Bros di IFMAL sekarang.
Rujukan :
- Coca-Cola Amatil : https://www.ccamatil.com/au
- Barista Bros : https://www.coca-colacompany.com/au/brands/barista-bros
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.