Ingat tak waktu kecik-kecik dulu mak sibuk buat cookies untuk raya kita tunggu depan oven tak kelip mata tunggu siap. Bila dah ting! Cuba bayangkan bau cookies yang keluar daripada oven panas-panas. Memang mengancam. Time panas-panas tu cuba gigit menari jugak lah bila serpihan cookies panas kena lidah.
Tak boleh dinafikan yang ramai suka makan cookies. Kalau lalu depan pemes emes memang tergoda. Ikut rajin mudah aje nak buat. Ikut bakat boleh buat biskut ke tak memang selalu juga tak jadi. Tapi tu tak mematahkan semangat untuk suka makan cookies.
Tapi kalau dah rasa Coles Cookies ni memang tak pandang dah biskut lain sebenarnya! Dah la chip coklat dekat biskut dia hampir separuh biskut. Cookies ni universal waktu makan dia. Sama ada waktu pagi, tengah tengok tv, minum petang, mahupun snack selepas dinner. Ada banyak cara untuk anda nikmati cookies ni sebenarnya!
Cookies dengan susu
Ini antara cara biasa yang zaman ke zaman orang guna untuk makan cookies. Cicahkan biskut yang rangup dalam susu yang suam. Memang sedap. Rasa lemak susu dengan rasa biskut yang rangkup tu melengkapi rasa masing-masing. Kalau dengan susu sejuk pun sedap juga.
Cookies dengan kopi
Ini antara ilmu yang admin belajar bila kerja kedai kopi ikan duyung dulu. Rasa manis elok digabungkan dengan rasa pahit. Rasa yang melengkapi satu sama lain menjadikan ia lebih neutral dan sedap di tekak. Pernah fikir tak kenapa mat salleh sana makan donut ke cupcake mesti dengan kopi?
Sebab rasa yang compliment each other ni lah. Sama juga bila anda makan cookies dengan kopi. Trick nak tahu compliment each other taste atau tak. Anda hirup dulu kopi sikit. Kemudian lepas telan gigit sikit biskut dan kunyah tapi jangan telan. Masa biskut dekat dalam mulut lagi, hirup kali kedua kopi. Hilang tak pahitnya? Kalau hilang maknanya compliment each other. Tapi kopi pahit lah ya, bukan kopi manis.
Cookies dengan teh
Ini pun cara yang agak tradisional juga. Teh panas kurang gula makan dengan cookies sebenarnya sedap. Bagi admin teh dengan biskut juga compliment each other. Perfect pair. Macam orang-orang zaman dulu suka makan biskut kering dengan teh panas kan.
Cookies dengan aiskrim
Ambil kepingan biskut pertama, letakkan air satu scoop aiskrim. Tindihkan lapisan biskut seterusnya. Makan waktu musim panas ni memang sedap. Ingat lagi dulu-dulu kalau nampak abang aiskrim lalu dengan motor dia mesti tahan. Sebab nak makan aiskrim sandwich dengan biskut. Tak pun roti. Tak pun pecah-pecahkan biskut dan taburkan atas aiskrim. Fuh! sedap!
Cookies Kosong
Okey ni memang bila malas nak buat apa, makan biasa pun cookies dah sedap. Bezanya kalau coles cookies yang original dengan salted caramel tu kita boleh panaskan dalam oven 40 saat macam tu and makan panas-panas. Memang sedap. Chocolate chip dia yang banyak tu bila cair lagi sedap nak makan!
Cookies sebagai Kek
Apa yang menarik bila cookies ni kita hancurkan jadi base kepada cheesecake. Kepingan dia pun boleh dihancurkan kasar dan dicampurkan dengan cheesecake. Atau boleh ditaburkan atas cheesecake sebagai hiasan. Memang sedap!
Cookies sebagai kuih raya
Cookies ni antara hidangan yang terbaik boleh digunakan sebagai kuih raya. Ada juga pelanggan IFMAL yang berebut beli coles cookies untuk dijadikan kuih raya. Seronok bila tengok tetamu makan cookies berselera ni.
Cookies dengan yang Tersayang
Makan cookies tak kisahlah waktu pagi ke petang ke siang ke mahupun malam. Bila makan dengan orang yang tersayang ni rasanya memang lain sikit. Rasa lagi sedap dan penuh dengan kasih sayang gitu. Kalau tengok anak buat kerja hulurkan pinggan dengan cookies didalamnya memang seronok aje rasa.
Bila yang tersayang busy kerja hidangkan biskut untuk kudap-kudap berbunga hati terus pasangannya. Apa yang min bayangkan minum petang sambil tengok view bersama yang tersayang. Ada teh dan biskut panas. Indahnya! Makanan ni bila berkongsi memang sedap! Lagi berselera terasa.
Jadi dah dapatkan macam mana nak nikmati Coles Cookies? Tak kan nak try satu cara je. Banyak lagi boleh. Jom dapatkan di IFMAL hari ini juga! https://ifmal.com/?s=coles+cookies&post_type=product&et_search=true
Add comment
You must be logged in to post a comment.