Semua tahu yang di IFMAL anda boleh dapatkan Kacang Pool yang popular dekat Johor tu dalam tin! Bila PKP ni nak merentas dapatkan kacang pool ori daripada Johor memang susah. Tapi sekarang tak susah sebab kita ada kacang pool import johor panas dari cupchai. Cupchai Kacang Pool terus ke dapur rumah anda. Boleh klik https://ifmal.com/kacang-pool-dalam-tin-paling-sedap-di-malaysia/ untuk baca sikit cerita tentang kacang pool ni kalau ada yang tak tahu lagi,
Baru-baru ni ada yang minta dengan pihak kami untuk kongsikan US Label Standard baru yang ada dekat Cupchai Kacang Pool ni. Sebelum cerita panjang, anda tahu tak apa itu US label Standard? Label Amerika Syarikat Standard? Pernah dengar ke tak?
Mungkin ada yang tak arif bila kita sebut US Label Standard. Nak mudah faham ianya merujuk kepada Label Fakta Nutrisi / US FDA (Food & Drugs Administration) Nutrition Facts yang ada pada cupchai kacang pool ini.
Maksudnya fakta nutrisi yang ada dalam makanan yang mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan oleh US Food & Drugs Admionstration. Fakta nutrisi ini penting untuk pengguna mendapat maklumat kandungan saintifik dalam makanan tersebut selain mengetahui ramuan makanan. Label ini sangat penting untuk membantu mereka yang sedang diet, mempunyai allergic atau mempunyai penyakit kronik.
Yang gambar di atas merujuk kepada US label standard yang baru pada tin cupchai kacang pool kita dan yang bawah merupakan fakta nutrisi yang ada pada packaging lama.
Yang bagusnya apabila adanya US label standard ni kita boleh tengok nutrisi yang ada dalam makanan dengan lebih mudah memandangkan empat focus utama untuk kita lebih mudah mengenalpasti dan memilih nutrisi yang diperlukan badan.
- Serving Size (Saiz Hidangan). Tulisan dengan saiz lebih besar dan bold. Serving size biasanya merujuk kepada satu hidangan makanan. Ada yang merujuk kepada per package / setiap bungkusan. Tapi untuk Kacang Pool ni merujuk kepada kepada 100g size hidangan.
- Calories. Hah! Ini lagi mudah untuk orang yang suka sangat kira kalori makanan yang di ambil. Besar dan jelas! Secara umum kita memerlukan 2000 kalori tapi keperluan kalori mungkin rendah ataupun lebih tinggi mengikut umur, jantina, tinggi, berat dan aktiviti fizikal kita.
- % Daily Value. Nilai peratus harian ini membantu menunjukkan jumlah nutrisi dalam hidangan yang disumbangkan dalam diet. Secara mudahnya 5% DV atau kurang daripada nutrisi tersebut dalam makanan itu adalah rendah. Manakala 20% DV atau lebih daripada nutrisi tersebut dalam makanan itu adalah tinggi. Pada bahagian bawah label ada diterangkan lebih terperinci mengenai %DV
- Nutrients. Siapa yang selalu tengok Nutrition Facts ni mesti perasan dulu ada tulis Vitamin C, Vitamin A tapi sekarang dah tak ada sebab sekarang ni kekurangan kandungan Vitamin A dan C jarang berlaku. Selain itu jumlah lemak juga telah ditukar kepada jenis lemak. Ini kerana tahu jenis lemak lebih penting daripada jumlah pengambilan lemak.
Selain itu dalam label ini juga telah ditambah dengan bahagian gula tambahan/ added sugar. Ini kerana pengambilan gula tambahan yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan dan menjadikan sukar untuk mendapat nutirisi yang mencukupi mengikut had kalori yang diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin D dan Potassium juga ditambah dalam label. Diet yang kaya dengan vitamin D dan potassium dapat mengurangkan osteoporosis dan juga tekanan darah tinggi.
Gunakan label ini sebaiknya untuk bantu anda kawal diet pemakanan anda. Pilih makanan yang mempunyai nutrient yang anda lebih perlukan dan kurang nutrient yang anda ingin had kan pengambilan. Adalah lebih baik untuk ambil makanan yang kaya dengan dietry fibre, vitamin D, calcium, iron dan potassium dan kurang saturated fat, sodium serta gula tambahan. Kenapa anda perlu pilih makanan dan minuman yang sihat? Semestinya untuk mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, osteoporosis dan juga anemia.
Adanya label nutrisi yang lebih lengkap menjadikan Cupchai Kacang Pool lebih mesra pengguna! Jadilah pengguna yang sihat dan bijak! Apa lagi, jangan ragu-ragu lagi nak beli kacang pool klik https://ifmal.com/product/cupchai-kacang-pool-foul-medammas-425g-v/ untuk pembelian sekarang!
Rujukan : https://www.fda.gov/food/food-labeling-nutrition/changes-nutrition-facts-label
Add comment
You must be logged in to post a comment.