Pelanggan IFMAL mesti tahu yang IFMAL selalu bawa makanan import berjenama daripada australia seperti thins, cadbury, mars, nutella, smiths, uncle tobys, dan macam-macam lagi. Kalau nak cerita semua memang jenuh.
Selain tu IFMAL ada juga bawa barangan daripada coles dan woolworths. Coles dengan woolworths ni ibarat tesco dan aeon dekat malaysia. Kalau siapa yang pernah pergi Aussie atau duduk Aussie mesti tahu yang dua pasaraya ni memang wajib singgah. Harga barang pun murah dan pelbagai jenis barangan ada.
Antara yang kita bawa daripada Coles dan Woolworth adalah pancake mix, maple syrup, sauce for burger, cookies, dan juice. IFMAL ni ibarat bawa anda datang Coles dan Woolworths tanpa perlu anda naik kapal terbang ke Aussie. Ubat segala rindu dan bawa balik semua memori anda dekat sana!
COLES
Bayangkan Coles ni dah beroperasi sejak 1914 lagi sebenarnya. Sekarang dah 107 tahun! Tujuan Pengasas GJ Coles mencipta sebuah kedai sebegini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup keluarga yang ada di Australia.
Coles ni ada macam-macam product sendiri juga. Macam kita bawa masuk pancake kegemaran ramai tu pun daripada coles, maple syrup dan macam-macam lagi. Rasa memang sedap.
Harga semua berpatutan dan mampu milik! Memang seiring dengan falsafah pegangan Coles sejak 107 tahun dahulu. Jadi kalau anda nak beli barangan Coles di IFMAL boleh klik aje https://ifmal.com/?s=coles&post_type=product&et_search=true
Woolworths
Woolworths pula dibuka 1924 di Sydney’s Imperial Arcade. Konsepnya sama macam Coles juga. Woolworths ada juga product sendiri macam maple syrup, susu, tepung, cookies, jus dan banyak lagi. Harga pun murah dan mampu milik. Nak cari barangan Woolworth di IFMAL boleh klik aje https://ifmal.com/?s=woolworths&post_type=product&et_search=true
Percy Christmas, Pengasas Woolworths waktu buka kedai pertama mereka di Sydney’s Imperian Arcade yang ‘Setiap bandar memerlukan Woolworths yang Sydney miliki sekarang. Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak memerlukan tempat yang berguna di mana barang-barang baik dan murah. ‘
Dari sejarah dua tempat ni, menjadikan IFMAL sangat istimewa. Kita bawa dua tempat dalam satu di Puchong, Bangi dan Melawati. Kita bawa Australia terus dekat dengan anda. Dengan keadaan pandemik sekarang untuk ke Australia entah bila. Jadi apa kata singgah sahaja ke IFMAL untuk dapatkan semua barangan kegemaran anda!
Add comment
You must be logged in to post a comment.