Kita nak bagi tahu satu rahsia tentang IFMAL. Tentang pelanggan IFMAL. Sebenarnya kebanyakkan orang yang datang membeli belah dekat IFMAL ni bukan beli barang? Setiap apa yang diambil pada rak bukan barang. Yang masuk dalam troli banyak-banyak tu pun bukan barang.
Kalau bukan barang, apa?
Kenangan.
Kenapa?
Ini yang menarik tentang IFMAL. Selain daripada yang mencari pinggan Corelle murah, Noritake murah, Nutella 3kg murah atau stock lotus biscoff. Kenangan adalah apa yang mengikat orang dengan IFMAL. Setiap kali kami tanya apa menyebabkan orang yang datang ke IFMAL berulang kali tanpa jemu, mesti ada yang jawab sebab rindu. Rindu Australia. Rindu Jerman. Rindu UK.
Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Menjadi anak Malaysia ni kita ni, sejauh mana kita pergi. Memang tak akan pernah sama di negara sendiri. Sampai waktu kita akan pulang bersama kenangan dan pengalaman yang kita ambil di negara orang. Ada waktu akan tercetus rindu. Rindu pada orangnya, makanannya, barangannya atau mungkin suasananya.
“Teringat jalan-jalan dekat Coles dengan Wollworths kalau datang IFMAL. Dulu kalau dekat Oz mesti wajib singgah situ. Barang semua murah-murah dan sedap.”
“Rindu nak minum Barista Bros, kalau dekat Oz dulu wajib beli yang warna purple tu.”
“Kalau dekat Aussie ni memang beli la biskut Coles ni! Power daripada pemes emes tau.”
“Masa saya pergi Oz dulu minum susu Devondale ni, memang sedap. Balik Malaysia baru tahu boleh cari dekat IFMAL.”
Rindu nak itu, rindu nak ini. Teringat itu, teringat ini. Bila mereka datang IFMAL segala rindu pada pengalaman dan kenangan seolah dapat di beli. Macam bila ambil setiap satu barang ni teringat kenangan itu, ambil yang satu lagi ingat pula kenangan ini. Rakyat Malaysia ni sangat nostalgik orangnya. Jangan gusar, kami menyediakan khidmat menjual kenangan dengan setiap barangan di IFMAL.
? Nutella dari yang mini, 1 kg & 3 kg. Kuantiti besar ni memang rare & susah nak dapat dengan harga camni. Memang tak pelik tengok orang borong banyak-banyak. Kalau yang bakeri tu bolehlah dapat stock Nutella sebesar tong cat dekat sini!
? Lotus Biscoff bukan sekadar biskut, ada topping, spread dan crumbs! Tak payah kena scam lagi dengan orang jual Biscoff online! Jangan cakap kita tak bagi tahu eh! Dengan IFMAL pasti selamat! Harga borong pulak tu.
? Biskut Coles yang sedap macam Fames Ames tu (ada orang kata lagi sedap!) Ini sekali duduk boleh habis ni. Kuantiti 400g harga belas-belas ringgit je. Tak payah beli yang sampai RM40 pun.
? Coles Pancake Mix! Yang ni barangan Coles yang hot juga. Sedap kalau dipadankan dengan maple syrup, nutella ke kan. Memang ibarat sarapan di Oz terus!
? Susu Devondale. Ramai yang tak suka minum susu yang boleh terbuka hati nak minum susu lepas try Devondale. Sebabnya rasa yang berbeza dengan Susu Full Cream dekat Malaysia ni. Susunya yang rasa fresh dan mesra tekak. Customer yang biasa beli memang berkarton-karton dia sebat!
? Doritos. Macam-macam perasa ada. Boleh beli sekali dengan dia punya salsa dip. Kalau makan sambil tengok movie ramai-ramai ni memang feeling habis.
? Smith’s, Thins & Sunbites. Ni kerepek datang dari jauh tau, macam-macam perisa ada. Nak cari dekat Malaysia flavour yang sama memang payah.
? Milo dari Australia. Tak semanis & banyak gula macam Milo sini. Rasa dia lain sikit. Orang kata rasa lebih bersusu & tak strong sangat.
? Barista Bros coffee. Moccona coffee. Vittoria coffee. International Roast coffee. Nescafe Coffee. Malas nak cakap lebih, siapa yang suka coffee memang tak akan miss la beli ni tiap kali datang IFMAL.
? Bundaberg yang ada macam-macam perisa untuk ada nikmati. Perisa yang tak ada dekat Malaysia pun IFMAL ada!
? Jus buah-buahan Golden Circle. Macam-macam rasa. Macam-macam saiz. Ibarat minum jus dipagi hari dekat hotel.
Makanan tu adalah kenangan sebenarnya tau. Jangan tak tahu. Mungkin teringat petang-petang berjalan sambil hirup barista bros. Sarapan pagi di negara orang dengan secawan susu devondale? Semuanya di IFMAL! Kenapa perlu rindu disimpan lama-lama kalau boleh hilangkan di IFMAL! Dapatkan makanan import kegemaran anda sekarang! Kalau tak boleh datang IFMAL, klik sahaja IFMAL.com! Kita bawa kenangan anda datang terus ke rumah.
Add comment
You must be logged in to post a comment.