Corelle ni datang dengan set mahupun loose. Dekat IFMAL kita ada 8 series iaitu Corelle Boutique, Classic, Coordinates, Deluxe, Livingware, Signature, Square dan Vive. Dari series ni kita ada sebanyak 4535 jenis pinggan mangkuk, bersamaan dengan lebih kurang 39531 keping Corelle Loose sebenarnya!
Siapa yang nak beli Corelle Set ni mesti akan keliru dengan jumlah yang ada dalam setiap set. Kadang-kadang ada set of 16, Set of 18, Set of 30 dan macam-macam lagi.
Banyak sangat set pun sampai tak tahu yang mana satu nak beli. Set lain-lain ni ori ke tidak sebenarnya? Kenapa set tak seragam? Kadang-kadang ada juga akak-akak yang datang IFMAL tanya kami :
“Dik, itu hari akak beli Corelle Set 12 Pcs, tak ada ke sini?”
“Kat Utara sana jual Corelle Set of 30, kenapa sini 16 je? “
Sebenarnya ada beberapa fakta mengenai Set pinggan ini yang anda harus tahu! Jom kita belajar :
Fakta 1 : Perbezaan Set Corelle ini tidak menentukan keaslian Corelle.
Semua Set Corelle yang berada di dalam set kotak adalah asli dan kad waranty di sertakan sekali sebagai pembuktian. Jika anda beli Corelle Loose, tengok Cop Mohor di belakang kebiasannya.
Fakta 2 : Set-set Corelle tidak dibahagikan dengan Set of 16pcs, Set Of 30pcs dan lain-lain.
Tapi sebenarnya dibahagikan dengan “Service for 4”, “Service for 6” dan seterusnya. Service for 4, Service for 6 ini menandakan ada berapa keping untuk setiap satu jenis pinggan atau mangkuk.
Contoh Service of 4 :
𝗖𝗼𝗿𝗲𝗹𝗹𝗲 𝗪𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗙𝗿𝗼𝘀𝘁 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝟭𝟲𝗽𝗰𝘀
4 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘪𝘯𝘯𝘦𝘳 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘦
4 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘓𝘶𝘯𝘤𝘩𝘦𝘰𝘯 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘦
4 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘰𝘶𝘱/𝘊𝘦𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘉𝘰𝘸𝘭
4 𝘣𝘪𝘫𝘪 𝘚𝘵𝘰𝘯𝘦𝘸𝘢𝘳𝘦 𝘔𝘶𝘨.
𝗖𝗼𝗿𝗲𝗹𝗹𝗲 𝗪𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗙𝗿𝗼𝘀𝘁 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝟭𝟮 𝗣𝗰𝘀
4 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘪𝘯𝘯𝘦𝘳 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘦
4 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘓𝘶𝘯𝘤𝘩𝘦𝘰𝘯 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘦
4 𝘚𝘰𝘶𝘱/𝘊𝘦𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘉𝘰𝘸𝘭
Contoh Service of 6 :
𝗖𝗼𝗿𝗲𝗹𝗹𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗶𝗻𝗴𝘄𝗮𝗿𝗲 𝗪𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗙𝗿𝗼𝘀𝘁 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝟯𝟬𝗽𝗰 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗦𝗲𝘁
6 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘪𝘯𝘯𝘦𝘳 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘦
6 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘉𝘳𝘦𝘢𝘥 & 𝘉𝘶𝘵𝘵𝘦𝘳 𝘗𝘭𝘢𝘵𝘦𝘴
6 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘰𝘶𝘱/𝘊𝘦𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘉𝘰𝘸𝘭𝘴6 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘦𝘴𝘴𝘦𝘳𝘵 𝘉𝘰𝘸𝘭𝘴
6 𝘣𝘪𝘫𝘪 𝘚𝘵𝘰𝘯𝘦𝘸𝘢𝘳𝘦 𝘔𝘶𝘨𝘴
Nampak tak perbezaan di situ?
Fakta 3 : Ada Beza Corelle Livingware, Classic, Boutique, Signature dan lain-lain.
Selain berbeza dari segi design. Size pinggan, kedalaman mangkuk dan size cawan adalah berbeza. Kalau nak pinggan yang lebih besar boleh cari yang Corelle Boutique. Cawan daripada Corelle Boutique dan Studio juga menggunakan material yang berbeza iaitu Porselain berbanding Classic dan Signature menggunakan material Stoneware.
Kalau ikut rekod IFMAL, paling laju licin Classic dan Livingware. Tapi sebenarnya semua tu tak menandakan apa apa, sebab masing-masing ada taste tersendiri. Jadi harap segala persoalan anda mengenai Corelle Set dah terjawap. Nak beli Corelle Set Murah tanpa pergi Langkawi, boleh ke IFMAL! Tak dapat pergi kedai boleh terus ke IFMAL.com.
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.