Bulan puasa menjelang tiba, benda yang wajib beli kebiasannya kurma. Ada yang suka berbuka dengan kurma ada yang suka bersahur dengan kurma yang direndam air semalaman. Ada juga yang suka kisarkan susu bersama kurma. Macam-macam cara lagi.
Tapi kurma ada banyak jenis! Kalau nak pilih mana satu tak terpilih sebab dalam dunia ni sebenarnya ada 1400 jenis kurma. Antara kurma yang popular Mabroom, Safawi, Sayer, Mazafati, Piarom, Rabbi, Kabkab dan Zahedi. Tapi yang harganya agak mahal macam kurma Medjool, Deglet Noor dan semestinya Ajwa.
Kurma Ajwa yang biasa kita dengar orang panggil kurma Nabi.
Betul ke ada kurma Nabi? Nabi ada tanam pokok kurma, tinggalkan kurma mahupun biji kurma untuk kita? Jawapannya tiada. Apa yang menyebabkan kurma ajwa ini mendapat permintaan sangat tinggi sampai dipanggil Kurma Nabi? Adalah disebabkan hadis yang cukup popular ini yang mana daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.”
(HR al-Bukhari)
Jelas melalui hadis di atas, amalan memakan kurma ajwa Madinah 7 biji setiap hari adalah sunnah dan berbuka puasa dengan kurma juga adalah sunnah. Dari Anas bin Malik, dia berkata :
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum solat dengan ruthab (kurma basah), jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air.”
(HR Abu Daud)
Berbalik pada kurma Ajwa tadi yang selalu dikatakan lebih unik selain daripada ada disebut dalam hadis adalah cirinya yang unik. Warna lebih gelap dan saiz yang lebih kecil. Tetapi isinya lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma yang lain. Jadi ia sangat sesuai untuk di makan oleh pesakit diabetes.
Kurma Ajwa ni memang kaya dengan antioksidan. Dengan adanya ciri ini secara tidak langsung dapat melindungi daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung serta bersifat anti-kanser. Ajwa juga kaya dengan zat magnesium yang bertindak sebagai anti-radang, setanding dengan ubat-ubatan. Tambahan pula ia juga baik untuk penghadaman.
Ibu mengandung dan menyusu juga dapat meningkatkan susu badan dan melindungi diri daripada penyakit. Lebih-lebih lagi kandungan zat besi yang tinggi boleh mencegah berlakunya anemia. Kurma ini memang dapat memberikan tenaga yang cukup sewaktu berpuasa. Sebab itulah, kurma ajwa yang kualiti baik biasanya harga dalam 120/kg. Jujurnya memang mahal kalau rakyat macam kita nak beli.
Macam manapun kita mesti nak merasa jugakan kurma ajwa yang disebut dalam hadis ni. Nak juga merasa khasiat dia. Tapi jangan risau, di IFMAL semua dapat merasa kurma ajwa madinah jumbo dengan harga yang berpatutan dan kualiti terjamin. Untuk anda yang nak amalkan bersahur dan berbuka dengan kurma berkualiti tinggi klik :
250g
https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-kurma-tamar-jumbo-250g/
1kg
https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-kurma-tamar-jumbo-1kg/
Siapa cakap Kurma Ajwa tak boleh makan oleh rakyat Marhaen macam kita? Dengan IFMAL semua boleh!
Add comment
You must be logged in to post a comment.