Sebelum ni kita cerita orang perempuan dengan hobi peliknya. Yang mula-mula tupperware, periuk seramik, lepas tu pinggan mangkuk, air fryer, Thermomix, Noxxa, Young Living dan Norwex ni salah satu darinya. Orang pakat panggil kain buruk bangsawan.
Orang lelaki mesti pening kepala kenapa pula nak beli kain buruk mahal-mahal dan semua rasa yang kain buruk ni sama aje, janji fungsinya sama. Untuk lap kotoran. Sudah! Mana-mana kain sama aje! Tapi sebenarnya silap! Kalau orang perempuan ni lain kain lain fungsinya. Ada yang khas untuk lap pinggan, ada khas untuk lap air pada kabinet dapur, kain lap tangan lagi lah lain! Mana boleh campur-campur.
Sebelum tu kita cerita sikit mana datangnya Norwex ni. Norwex ni datang dari Negara Norway. Produk Norwex ni sebenarnya dah lama ada, sejak 1994 lagi. Cuma dekat Malaysia baru aje hype sejak 2019. Norwex ni sebenarnya singkatan daripada Nowegian Experience. Norwex kini telah berada di 13 buah negara. Kiranya tahun ni dah 27 tahun Norwex ada dalam pasaran dunia.
Norwex ni sebenarnya keperluan rumah yang dicipta untuk membantu orang ramai hidup dengan lebih sihat, bersih dan meminimakan penggunaan bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan mahupun haiwan peliharaan dirumah. Penggunaan bahan kimia ketika mengemop lantai atau mencuci rumah nampak tak berbahaya bukan? Tapi sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Apa hebat nya kain Norvex ni sampai digelar kain kayangan? Adakah disulam mengunakan sutera dan bertatahkan permata?
Norwex ni lebih sekadar kain buruk. Sebenarnya, hasil kajian selama beberapa tahun yang dijalankan membolehkan produk keluaran Norwex pada tahun 2007, mula menggunakan teknologi yang mereka namakan sebagai BacLock atau ‘Bacteria Lock.’
BacLock membolehkan kain-kain mikrofiber yang dikeluarkan syarikat tersebut mempunyai sebatian partikel perak halus bersaiz mikro di seluruh permukaan kain tersebut, yang bertujuan untuk membunuh kuman apabila kain itu dijemur. Dan teknologi micro fibre tu sendiri yang memboleh kan “kain buruk” kayangan ni membersih dangan mendalam.
Kiranya selain membersihkan dengan lebih mendalam, Norwex ni memudahkan dan mempercepatkan lagi proses anda membersih. Tak perlu leceh nak bancuh sabun. Tak perlu beli bahan kimia. Jimat duit dekat situ. Antara pengalaman gunakan Norwex yang admin ada
- Dengan gunakan kitchen cloth, kerja mengelap dekat dapur lebih pantas dan mudah. Tak perlu pakai sabun, hanya basahkan dan terus lap. Nak lap counter top pun senang. Kalau lap pinggan pun cepat kering.
- Dengan gunakan window cloth, nak cermin bersih berkilat tak payah pakai bahan kimia mahupun surat khabar. Lap dan terus berkilat. Memang terkejut tengok hasil. Hilang segala tompok pada cermin
- Tak tahu betul atau tak kegunaan kain ni pada tempatnya, admin ni duduk rumah sewa. Jadi tenant sebelum ni adalah perabot dia agaknya bergesel dengan dinding, kesan hitam pada plug akibat daki-daki agaknya, cap tangan lagi. Guna Enviro cloth min basahkan dan sental. Hilang terus! Nampak seperti rumah baru.
Pada min, kalau siapa yang baru nak berjinak dengan norwex boleh try tiga jenis kain tadi. Kalau yang baru kahwin pun patut ada 3 jenis kain ni dalam rumah! Kain norwex ni memang ringan, nampak nipis tapi efek dia membersih memang besar. Norwex ni bukan sekadar kain juga. Dia ada sabun pencucinya sendiri seperti Cleaning paste dan Descaler. Sebenarnya Ada banyak lagi varian untuk kain Norwex ni seperti
- Tuala Mandi
- Dusting Mitt : Untung bersihkan habuk dengan mudah lekat pada kain
- Makeup Removal Cloth : Bersihkan makeup dengan mudah tanpa perlukan oil cleanser. Sesuai untuk semua jenis kulit
- Enviro Scrub : Kain yang digunakan untuk scrub tanpa mencalarkan permukaan
- Vege & Fruit Scrub Cloth : Memudahkan membersihkan sayuran dan buah-buahan. Bahagian kasar boleh mudahkan buang kulit pada sayuran seperti halia, carrot.
Sebenarnya kalau orang cakap harga mahal tapi kain dekat luar sana boleh buat benda serupa mereka tak alami sendiri keajaiban Norwex ni. Sebenarnya satu pembelian ni eloklah untuk pelaburan jangka masa panjang. Menjimatkan tenaga masa hadapan selain kewangan perlu beli berulang kali.
Tak apa wanita, kami sokong hobi pelik anda semua. Kami faham pentingnya membersih rumah dengan bersih dan selamat untuk keluarga. Kami faham pentingnya untuk jadikan rumah selesa dan selamat. Nak dapatkan barangan Norwex ni boleh dapatkan di IFMAL. Klik terus untuk pembelian https://ifmal.com/?s=norwex&post_type=product&et_search=true
Add comment
You must be logged in to post a comment.