Dekat IFMAL setiap kali restock barang daripada Aussie memang akan bawa keluarga Cadbury Australia. Cadbury ni bukan sekadar chocolate aje okey kawan-kawan. Ada banyak lagi produk cadbury yang wujud tau. Macam Cadbury Oreo Coated, Breakaway, Cookies, Fingers, Freddo, Cake Slices, Pascal Caramels, Mini Rolls, Twirl Bites, Cake Bars dan drinking chocolate! Kan banyak tu! Semua tak pernah dengar sangat kan?
Kalau family cadbury ni masuk memang laju aje kena serbu. Tak sempai seminggu dah habis. Semua tahu rasa dia sangat sedap dan susah nak dapat. Itu yang pakat beli banyak-banyak. Sekali makan memang ketagih nak lagi.
Nak tahu macam mana rasa coklat ni? Jom kita cerita sikit kelazatannya. Jangan ada yang meleleh air liur pulak sambil baca ni. Ingat ya coklat ni memang limited di IFMAL. Siapa cepat dia dapat!
- Breakaway memang barang panas. Sebab dia macam wafer yang bersalut coklat cadbury.
- Dekat Malaysia Cadbury Oreo Coated satu pack dua keping sahaja dah berapa harga. Kita bawa masuk satu kotak ada 6 pcs terus!
- Cadbury Cookies ni memang barang panas jugak. Kalau panaskan biskut ni dalam 15-30 saat dalam microwave memang sedap. Sebab ada coklat dalam biskut, bagi perisa choc center, Kalau yang doulble choc dengan classic pulak soft center. Kalau makan panas-panas dip dengan susu devondale memang sedap
- Cadbury Drinking Chocolate ni memang sedap diminum panas-panas. Kalau tambah sikit marshmallow dalam dia lagi sedap. Musim hujan ni memang sedap minum coklat panas. Waktu sahur pun sesuai juga!
- Fingers pula biskut jejari yang bersalut coklat susu! Kalau makan dip dengan aiskrim memang sedap!
- Freddo, biskuit bentuk froggy yang dip dalam chocolate!
Enam produk cadbury ni memang paling ramai cari di IFMAL. Ada juga yang concern tanya kita Cadbury Australia ni halal ke?
Kami faham mencari halal itu fardhu. Jangan risau produk Cadbury Australia ini hanya menggunakan kandungan yang halal. Lebih-lebih lagi gelatin.
Please note, if any of our products contain gelatine in the ingredients, the gelatine we use is halal certified and derived from beef.
(Rujukan : https://www.cadbury.com.au/product/halal)
Setiap barangan yang masuk di IFMAL juga kita akan check kandungan dalamnya. Hanya yang mengandungi kandungan yang halal sahaja kami akan bawa masuk. Jadi usah ragu-ragu lagi untuk beli cadbury kita. Klik link dibawah untuk menikmati kelazatan cadbury Australia kita
https://ifmal.com/?s=cadbury&post_type=product&et_search=true
Add comment
You must be logged in to post a comment.