Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah tangan yang memberi sedekah dan yang di bawah adalah tangan tangan yang menerima. Orang yang bersedekah ini sebenarnya rezeki dia tak pernah berkurang. Antara kelebihan bersedekah adalah pahala yang berterusan selagi ianya bermanfaat kepada orang yang menggunakannya.
Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan bagi semua ummat Islam. Antara amalan sunnah pada bulan Ramadhan adalah dengan bersedekah. Ummat Islam juga digalakkan untuk bersedekah lebih pada bulan ramadhan. Amalan ini menjadi sedekah jariah yang berterusan dengan pembersihan harta jika diberikan dengan sepenuh hati dan ikhlas.
Dalam Hadis Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril telah menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus. Jadi untuk bulan yang penuh rahmat dan berkat bakal menjelang tiba ini marilah sama-sama kita membuat kebaikan.
Ada juga dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).
Jika anda ingin mengikuti sunnah Rasulullah pada bulan Ramadan, anda boleh bersedekah dengan memberi manfaat kepada sesama Muslim. Sedekah ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada yang menerima, tapi adalah pada yang memberi.
Sedekah yang afdal ni tak semestinya hanya dengan pemberian harta secara literal. Malah, boleh dengan sekotak kurma. Beli kurma daripada IFMAL (1KG/5KG) dan kami akan hantar ke masjid, surau, rumah-rumah kebajikan berdekatan. Dan selain itu kita juga TIDAK AKAN MENDEDAHKAN identiti anda sebagai penyumbang.
Di IFMAL kita bukan nak bagi anda peluang bersedekah kurma yang biasa-biasa. Semua kurma berkualiti tinggi. Kurma Ajwa dan Medjool. Kurma Ajwa kurma yang biasa dipanggil Kurma Nabi. Kurma yang paling banyak khasiat. Kurma ini selalu dikatakan lebih unik selain daripada ada disebut dalam hadis adalah cirinya yang unik. Warna lebih gelap dan saiz yang lebih kecil. Tetapi isinya lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma yang lain.
Kurma Medjool pula dikenali sebagai “berliannya kurma“. Sifat-sifat istimewanya, kerana saiz yang besar, mempunyai rasa manis seperti karamel dan segar walaupun mereka kering. Ia berasal dari Timur Tengah (Palestine) dan Afrika Utara. Tetapi, mereka dapat ditanam di beberapa kawasan padang pasir.
Jom kita sama-sama menjadi tangan yang memberi. Hubungi IFMAL sekarang!
Add comment
You must be logged in to post a comment.