Sejak PKP first dulu, macam-macam resepi menarik dicipta dan dikongsikan oleh rakyat Malaysia. Antara resepi paling viral dan masih menjadi kegilaan adalah Lotus Biscoff Cheesecake. Tak lama lepas tu makin lama makin banyak kedai jual kek, minuman, pastry dan air yang berunsurkan Lotus Biscoff ni. Kalau nak cari biskut ni memang susah dekat mall. Memang laju habis. Kalau ada pun stock sangat limited. Macam tu sekali gilanya orang dengan Lotus Biscoff. Rasa karamel biskut ni memang menjadi kegemaran ramai. Tak kira yang kecil mahupun yang berusia serata dunia.
Jadi apa tu Biscoff dan macam mana dia boleh popular?
Pada tahun 1932, ada seorang tukang roti di Belgium yang bernama Jan Boone Sr. Beliau telah mencipta biskut karamel yang mengandungi bahan semula jadi sahaja. Antara kandungannya tepung gandum, gula, minyak sayuran, gula sirap, bahan penaik, tepung soya, garam dan kayu manis. Dia kemudian menamakan resepi nya itu dengan nama Lotus yang melambangkan kesucian disebabkan mereka hanya mengunakan bahan semula jadi.
‘LOTUS BISCOFF + COFFEE = THE PERFECT MATCH’. Pada 1950-an, Boone mula membungkus setiap satu biskut itu dan diagihkan ke kafe dan restoran untuk dihidang bersama kopi. Waktu itu nama Lotus Biscoff terus melonjak naik disebabkan kopi dan biskut karamel ni mempunyai complementary profiles. Kira kombinasi kopi dan biskut ni adalah sangat sempurna untuk dihidang dan dinikmati bersama memandangkan dia boleh meningkatkan lagi rasa bagi kedua-duanya.
Biskut ini mula popular serata dunia. Kombinasi yang unik dan mantap ini mendapat tempat yang istimewa dikalangan penggemar kopi. Kebanyakkan penggemar biskut ini akan menikmatinya dengan secawan latte ataupun espresso. Biscoff itu sendiri merupakan singkatan daripada biskut dan kopi.
Dari biskut, mereka mula mengeluarkan dalam bentuk spread, toppings dan macam-macam lagi jenis produk lain. Ada chef pula yang gunakan lotus untuk pemanis mulut seperti tiramisu atau Mousse Lotus Biscoff. Dan sejak viral Biscoff Cheesecake di Malaysia, mulalah orang ramai mencari-cari Biscoff ni.
Yang pasti, kalau anda jual produk yang berasaskan Lotus Biscoff, konfem laku keras. Ini dah nak raya, ada pulak trend Biscoff Butter Cookies. Ada yang pandai buat ke? Kalau nak cari Biscoff Spread & Biscuit yang ready stock dan harta murah, boleh dapatkan di IFMAL.com
Add comment
You must be logged in to post a comment.