Orang Melayu memang terkenal dengan pantang larang. Biasanya yang bagi pantang larang ni nenek moyang kita. Sampaikan petua tu diikut turun temurun. Macam-macam pantang ada. Baik dari dalam bilik air sampai ke dapur. Baik untuk anak perempuan sampailah yang tua.
Pantang Larang ni fakta atau mitos?
Kadang-kadang bila dengar pantang larang ni pelik-pelik juga. Rasa mengarut pun ada. Orang zaman moden sekarang ramai dah tak ambil berat soal pantang larang ni. Ada juga yang masih ikut. Sebenarnya, pantang larang ni tujuan dia untuk kita jaga adab dan juga sebagai nasihat. Zaman dulu orang tua suka berkias dalam menegur silap. Sebab tu lah wujud pantang larang ni.
Pantang larang ni ada yang popular sampai sekarang, mesti ramai yang pernah dengar. Terutamanya pantang larang dekat dapur. Contohnya :
Anak dara jangan menyanyi dekat dapur, nanti dapat suami tua.
Zaman sekarang macam dah tak pelik kalau sambil masak tu menyanyi. Ada je yang kata selalu je nyanyi dekat dapur, dapat suami muda jugak. Sebab tu sebenarnya dalam pantang larang ni ada mesej teguran. Zaman dulu menyanyi dekat daput ni perkara jarang beraku.
Logiknya, kalau menyanyi masa dekat dapur ni takut kita leka. Makanan boleh hangit. Kalau potong bawang tu takut pula terpotong jari. Menyanyi tarik kasi habis, air liur terpercik masuk dalam masakan. Perisa tambahan jadinya.
Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tak nasi menangis.
Ni selalu dengar mak-mak cakap kalau kita tak habis makan. Ada iklan tv dulu kata sebiji beras ibarat setitis peluh petani. Persoalannya betul ke nasi boleh menangis? Pada pendapat Kak Mal lah, sebenarnya petua ni nak suruh kita supaya jangan membazir. Kalau nak tambah nasihat mak Kak Mal dulu, orang kat Palestine sana ramai tak makan, engko membazir pulak. Gitu!
Jangan makan pindah-pindah, nanti suami banyak.
Kak Mal dengar ni dulu panik jugak. Siapa nak kahwin banyak kali kan. Kalau boleh nak sorang je sampai akhir hayat. Jadi sebenarnya, kalau fikir balik bila kita makan pindah-pindah akan banyaklah sepah jadi. Sebab tu lah orang tua-tua suruh makan setempat. Tak ada nanti kena kemas banyak tempat.
Jangan makan tatang, nanti suami cari lain.
Takut! Apa kena mengena makan dengan suamikan. Jadi ni pun sebenarnya teguran. Tak ada kaitan pun suami dengan makan. Tapi tak manis kalau orang perempuan ni makan bertatang. Orang perempuan zaman dulu kan penuh dengan adab dan sopan santun. Kalau tatang pinggan ni tak manis dipandang.
Jangan biar pinggan kering lepas makan, nanti rezeki tak masuk.
Betul ke? Cuba fikir balik kalau kita biar pinggan kering dengan ada sisa makanan mesti susah nak basuh. Itulah sebab sebenarnya kenapa orang tua tak bagi tangguh basuh pinggan. Tak nak nanti susahkan diri nak basuh. Ada yang tambah suruh isi air pada pinggan, supaya rezeki masuk. Tapi sebenarnya nak elak sisa tu dari susah nak tanggal.
Jangan makan guna pinggan sumbing, nanti dapat anak sumbing.
Betul ke dapat anak sumbing? Sebenarnya Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: “Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasalam melarang minum (makruh) dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.”
Sebabnya, kalau pinggan sumbing ni merbahaya untuk diri sendiri. Boleh luka mulut atau tangan waktu guna. Jadi elok dibuang. Jadi bukanlah sebab nanti dapat anak sumbing. Nak lagi best bila dah buang guna pinggan Corelle. Beli dekat IFMAL. Harga pun mampu milik. Dah la ringan, kalau anak terhentak dekat rak pinggan pun payah nak sumbing ke pecah.
Unik betul sebenarnya kan cara orang zaman dulu nak bagi nasihat. Disebabkan orang melayu ni terkenal dengan adab dan sopan santun, nasihat pun berkias. Jadi ada lagi tak agaknya pantang larang anda selalu dengar bila masuk dapur ni? Kalau ada kongsi dengan kami!
Add comment
You must be logged in to post a comment.