Pernah dengar tentang Air Nira? Air ini merupakan air manisan yang diambil daripada pokok kelapa ataupun pokok nipah. Yang terbaru ada juga daripada pohon tamar. Proses untuk hasilkan nira kelapa dan nira nipah ni hampir serupa. Apa yang membezakannya adalah nira kelapa diambil daripada mayang kelapa. Manakala Nira Nipah pula diambil daripada tangkai buah yang keluar daripada perdu pokok nipah. Ada juga yang panggil air ini sebagai air tuak.
Tapi apa yang membezakan air tuak dengan air nira adalah air nira dikutip untuk diminum segar manakala air tuak pula diproses hingga berlaku proses penapaian serta menjadi masam. Air Tuak ini mempunyai alkohol yang rendah antara 4%-5%. Semakin lama ia diperam semakit tinggi kandungan alkohol dan boleh jadi memabukkan. Air ini juga boleh diproses dengan memasak hingga pekat untuk dijadikan gula melaka. Ada juga yang menjadikannya sebagai cuka nipah atau juga dipanggil cuka padi. Di mana cara memprosesnya adalah dengan pemeraman selama 44 hari.
Air ini memang popular di pantai timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Ia adalah minuman tradisi yang menjadi kegemaran masyarakat setempat terutamanya pada bulan puasa. Yang menjadikan lebih menarik, dahulu air nira hanya menjadi kegemaran sesetengah orang sahaja, kini menjadi permintaan ramai. Peminat air ini ramai yang setuju bahawa air ni memang sedap diminum apabila bersama air, katanya cepat untuk menghilangkan dahaga terutamanya apabila cuaca panas. Ada yang percaya bahawa air nira ni boleh menurunkan suhu badan yang panas, mencuci buah pinggang dan juga menyembuhkan gastrik dalam perut.
Proses mengambil air nira kelapa dimulakan dengan pemilihan mayang kelapa yang sesuai. Mayang kelapa itu kemudiannya akan dipotong secara serong dengan pisau penyadap. Tukil (Botol minuman atau bekas plastik) yang mengandungi Laru akan diikat dihujung mayang yang telah dipotong untuk mengumpulkan air manisan nira yang mengalir keluar. Laru merupakan serpihan kayu cengal yang ditakir atau diketam, kegunaannya adalah untuk memastikan air nira di dalamnya bertukar menjadi masam atau cepat rosak.
Yang membezakan proses pengambilan air nira nipah adalah ianya diambil di pokok Nipah Tembaga yang mempunyai tangkai buah yang melentur kebawah. Dahan atau kulit tangkai yang lain akan dibuang agar bersih sebelum memulakan proses lenturan. Proses lenturan akan dimulakan daripada dahan tengah kemudian kebawah dan keatas selama dua ke tiga minggu sehingga tangkai betul-betul lentur dan jatuh kebawah kemudian dipukul/diurut tangkainya selama tiga hari untuk menyediakan urat nipah yang dapat mengalirkan airnya. Kemudian tukil atau bekas plastik akan ditadah dengan bekas plastik.
Sebelum dijual, air ini akan ditapis lalu dikumpulkan dalam satu bekas tong. Tapisan ini adalah bertujuan untuk memastikan air nira yang dikumpul tadi bebas daripada kotoran seperti semut, lebah, sampah mahupun habuk. Nira kelapa dan nira nipah sebenarnya berbeza. Iaitu dari segi aroma, manis dan rasa. Di dalam air nira ada terkandung 10-15% gula sukros dan selebihnya air. Ia mengandungi mineral dan juga vitamin dari tumbuhan. Ini secara tidak langsung selamat untuk diminum oleh pesakit yang menghidapi diabetis yang mana tidak akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat mendadak. Kandungan gycemic nya adalah rendah iaitu sebanyak 35 berbanding gula putih (70), Madu (55).
Walaubagaimanapun, industri bagi air ini semakin kurang diminati kerana kurang diminati. Ini adalah kerana kerjanya yang agak rumit dan keadaan cuaca terutamanya pada musim hujan yang menyukarkan kerja untuk memanjat pokok kepala dan boleh menyebabkan kualiti air yang dikutip menjadi rendah. Proses pengutipan air ini perlulah komited di mana harus mengikut masa yang ditetapkan dan tak boleh dibiarkan lama.
Seiring dengan teknologi masa kini, munculnya A&O Cocunut Nectar yang memproses air ini dengan penyejukan dan menjadikan air ini boleh tahan lebih lama. Lalu memudahkan untuk didapatkan di pasaran. Ini dapat memastikan minuman tradisi ini tidak hilang dek peredaran zaman. Bukti yang kita tak pernah melupakan asal usul mahupun keenakan semula jadi. Siapa yang tak pernah rasa A&O Cocunut Nectar ini boleh dapatkan di IFMAL. Tiada pengawet, tiada pewarna tiruan mahupun perasa tiruan. Semestinya halal. Rasa warisan, rasa semangat anak Malaysia.
https://ifmal.com/product/ao-premium-air-nira-kelapa-330ml-v/
Rujukan
- A&O Cocunut Nectar : https://www.aonectar.com/ao-coconut-nectar/
- Nipah Tembaga paling sesuai : https://www.hmetro.com.my/agro/2018/04/334396/nipah-tembaga-paling-sesuai
- Air Nira : http://animhosnan.blogspot.com/2012/01/air-nira.html
- Nikmati air di ladang nipah : https://www.kosmo.com.my/2020/08/20/nikmati-air-nira-di-ladang-nipah/
- Air tuak : https://www.youtube.com/watch?v=GTR8RMM9hGM
- Khasiat : https://www.maskulin.com.my/kalau-anda-tahu-khasiat-air-nira-pasti-rasa-nak-minumnya-setiap-hari/
Add comment
You must be logged in to post a comment.