Bila kita cari pinggan mangkuk mesti ada pelbagai jenis material yang digunakan. Kadang-kadang keliru nak guna material apa yang tahan lasak dan cantik. Antara material yang popular untuk pinggan makan ni biasanya macam Bone China, Porcelain, Stoneware, Melamine dan Earthenware.
- Bone China : Kalau pinggan bone China dia lebih tahan lama, ringan dan sangat cantik untuk digunakan sama ada harian mahupun untuk majlis istimewa. Pinggan bone china ni juga antara pinggan yang paling kukuh. Boleh digunakan dalam microwave mahupun dishwasher.
- Earthenware : Pinggan ni biasanya lebih kasual dan antara material pinggan yang telah wujud lama. Walaubagaimanapun pinggan ni agak berat berbanding pinggan sekarang. Pinggan Earthenware ni tak boleh kalau kita biarkan dia alami perubahan suhu. Contohnya daripada suhu bilik masuk ke oven mahupun microwave. Ini menjadikannya lagi senang pecah.
- Porcelain : kebanyakkan pinggan daripada material ini tahan lasak memandangkan dalam proses pembuatannya telah melalui proses pembakaran yang tinggi. Pinggan daripada material ini juga selamat digunakan dalam dishwasher, microwave dan juga oven.
- Melamine : Ini adalah kebanyakkan pinggan yang semua orang ada. Bahasa kasarnya kita panggil pinggan plastik. Pinggan yang macam ni memang susah pecah mahupun sumbing. Sesuai untuk kegunaan luar, pinggan jenis ini tak sesuai untuk digunakan dalam oven mahupun microwave tetapi masih boleh digunakan dalam dishwasher.
- Stoneware : Stoneware ni adalah material kebanyakkan pinggan yang kita ada sekarang. Biasanya dia lebih berkilat dan sesuai digunakan untuk kegunaan seharian. Kebanyakkan stoneware lebih tahan lasak berbanding earthenware tetapi masih perlu dijaga sebaiknya dan dijaga dalam suhu yang sama. Yang mana ianya tak boleh terdedah pada suhu terlalu tinggi ataupun terlalu sejuk.
Tapi yang selalu menjadi kekeliruan adalah antara porcelain dengan stoneware. Kalau di IFMAL, mug bagi Corelle ada dua jenis. Sama ada Porcelain dengan Stoneware. Kalau mug bagi series Boutique dan studio menggunakan mug porcelain, manakala classic dan signature menggunakan mug stoneware.
Untuk stoneware, ianya kurang berliang/less porous berbanding earthenware. Stoneware lebih tahan lama dan mempunyai warna yang lebih warna lebih terang (tetapi lebih legap daripada porcelain). Ia dipanaskan pada suhu 2150 hingga 2330 degree Fahrenheit. Walaupun ia tahan lama tetapi tidak sehalus dan halus seperti porcelin. Ini adalah pilihan kegunaan untuk keluarga yang baik tetapi perlu diingat bahawa ia tidak kekal lama.
Porcelain pula adalah pilihan seramik yang tidak berpori. Ia mempunyai daya tahan yang luar biasa akibat suhu tinggi. Porcelin juga tahan terhadap gelombang mikro, ketuhar dan penyejuk beku. Jenis seramik ini juga selamat digunakan dalam di mesin basuh pinggan mangkuk. Bahan ini biasanya berwarna putih. Sekiranya anda mahukan ketahanan maksimum dan jika anda ingin mengelakkan sumbing, porcelain adalah pilihan yang terbaik. Untuk kegunaan harian atau makan malam yang lebih formal, set makan malam porcelain akan nampak lebih menarik. Namun ada beberapa peraturan mengenai penggunaan
- Pemanasan dan memasak: Elakkan perubahan suhu secara tiba-tiba (dari peti sejuk, ke ketuhar, ke mesin cuci pinggan). Kedua-dua stoneware dan porcelain tidak boleh diletakkan pada api secara terus. Kedua-dua stoneware dan porcelain boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
- Pembersihan: biasanya kedua-dua bahan selamat dari mesin basuh pinggan mangkuk
- Baking : porcelain ni tak berpori/non-porous – hidangan lebih baik sesuai dihidang menggunakan produk porcelain. Panasnya lebih rata dan akan naik sempurna. Makanan juga tidak akan melekat jika menggunakan porcelain. Roti akan naik dengan sempurna dengan porcelain.
Jadi, anda dah faham beza antara porcelain dengan stoneware. Kalau mug bagi corelle boutique dan studio lebih besar berbanding mug classic dan signature selain materialnya adalah berbeza. Boleh dapatkan corelle murah malaysia di IFMAL hari ini juga https://ifmal.com/?s=corelle&post_type=product&et_search=true
Add comment
You must be logged in to post a comment.