Tahukah anda, ada kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membuang 15,000 tan makanan setiap hari?
Kalau mak-mak baca ni mesti dia akan cakap “Anak-anak dekat Gaza tu semua tak cukup makan, jangan membazir!” Betul la tu. Kita kadang-kadang tak bersyukur dengan makanan yang ada, benda tak habis makan dah buang. Nangis makanan tu dalam tong sampah.
Selalunya orang yang waras buang makanan sebab dah tak boleh dimakan. Antara sebabnya, makanan dah basi atau rosak atau dah hampir tarikh luput atau tarikh best before. Tahukah anda, tarikh-tarikh ini ada maksudnya, tetapi bukan petanda untuk anda buang makanan tersebut!
Sumber daripada Public Health Malaysia dalam artikel mereka pada tahun 2018, ada menyatakan bahawa setiap hari, rakyat Malaysia menghasilkan 38 000 tan sisa sampah. Bayangkan daripada jumlah ini, kira-kira 15,000 tan adalah sebenarnya sisa makanan. Apa yang lebih menyedihkan, bila 3000 ribu tan makanan yang di buang adalah sisa sampah makanan yang masih boleh dimakan.
Tahukah anda dari 3,000 tan sisa makanan ini, kita boleh membekalkan makanan kepada 2 juta orang. Dengan kata lain, hampir semua rakyat Kuala Lumpur boleh diberi makanan! Tak ada yang kelaparan! Yang lebih menarik separuh daripada pendapatan purata rakyat Malaysia sebenarnya dibelanjakan untuk perbelanjaan makanan dan juga minuman. Puratanya setiap keluarga ( 5 ahli) membelanjakan purata RM900 untuk makanan sahaja!
Tapi kajian daripada SWCorp tahun 2020 menunjukkan jumlah makanan yang dibuang telah meningkat kepada 7710.6KG. Jumlah yang sangat besar dan sangat membazir!
Apakah sebenarnya maksud ‘best before’?
Tarikh ‘best before’ atau tarikh guna sebelum menjamin sifat tertentu produk berkesan hingga ke tarikh tersebut. Setelah tarikh berlalu, ia mungkin akan kehilangan kesegaran, rasa, aroma atau nutriennya. Tetapi tidak semestinya makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.
Untuk menentukan sama ada makanan itu masih boleh dimakan, seseorang harus bergantung pada deria penglihatan, bau dan rasa. Produk tidak boleh dimakan jika anda merasakan bahawa rasanya dah tak sama, berbau dan penampilannya ganjil atau menunjukkan konsistensi yang pelik.
Apakah perbezaan antara best before dengan expiry dates?
Tarikh luput memberitahu pengguna pada hari terakhir produk selamat dimakan. Sebilangan besar tarikh sebelum ini memberitahu anda bahawa makanan tidak lagi dalam keadaan sempurna dari tarikh itu. Mungkin hilang kesegaran, rasa, aroma atau nutrien. Tidak semestinya makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.
Baik sebelum tarikh pada dasarnya adalah petunjuk kualiti. Istilah lain yang bercampur dengan ini adalah tarikh ‘use by’ yang hanya berlaku untuk barang-barang yang mudah rosak seperti ikan segar atau daging. Buang segera setelah makanan ini melepasi tarikh ‘best before’.
Macam mana nak jaga kualiti makanan supaya tak perlu risau dengan tarikh luput atau guna sebelum?
Sebenarnya, cara kita simpan makanan tu sangat penting. Biasanya kalau makanan kering takda masalah dan tak leceh nak jaga. Letak je dalam bekas kedap udara. Tapi makanan yang dalam bentuk cecair atau makanan basah perlukan penjagaan yang rapi dan kalau boleh kena beli peti ais yang berkualiti supaya apa-apa makanan pun tak mudah rosak & basi.
Pada suhu yang ideal, aroma & nutrien dalam makanan kita akan terjaga. Dengan cara ni, kita dapat kurangkan pembaziran makanan. Dan dengan ilmu ni, kita juga tak perlu menggelabah apabila ternampak makanan kita hampir dengan expiry dates/best before dates
Jadi pengguna IFMAL.com jangan jadi pengguna yang suka membazir makanan ya!
Add comment
You must be logged in to post a comment.