Minyak zaitun ni adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun atau nama saintifiknya Olea Europaea. Pokok Zaitun merupakan tanaman tradisional di Mediteraranean.
Olive oil ini mempunyai banyak khasiatnya pada kita. Sama ada untuk kulit, rambut dan kesihatan diri. Minyak Zaitun memang kaya dengan Vitamin E, antioksidan, magnesium, zink, sulfur, kalsium, dan vitamin B.
Kalau untuk kulit minyak zaitun memang banyak membantu dalam melembabkan kulit, memperbaiki kesihatan kulit daripada keradangan juga jerawat dan juga mempunyai elemen anti-penuaan. Kesihatan kuku juga dapat dipertingkatkan.
Untuk rambut pula minyak ini dapat membantu melawan rambut yang gugur dan membantu pertumbuhan rambut. Disamping dapat memastikan rambut kekal sihat juga berkilau.
Tahukah anda dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Ada kajian daripada Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun ini dapat membantu mencegah diabetes.
Manakala daripada kajian Scientific American serta Persatuan Kimia Amerika, oleocanthal dalam minyakini dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Minyak ini juga menurut satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan dalam membantu penurunan berat badan
Jadi apa bezanya Extra Virgin Oil dengan Extra Mild Oil? Extra virgin oil ni biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasanya tak terjejas. Minyak ni sesuai untuk makan terus ataupun dressing salads. Minyak ini tidak digalakkan untuk menggoreng atau menumis kerana khasiatnya boleh terjejas dan boleh menyebabkan hipertrigliseridemia iaitu lebihan lemak dalam darah apabila terdedah dengan suhu yang panas.
Manakala Extra Mild Oil adalah campuran daripada refined olive oil dengan virgin olive oil yang terlibat dalam beberapa proses penyulingan. Minyak ini lebih sesuai digunakan untuk menumis, menggoreng ataupun memanggang. Dekat mana boleh dapat Minyak Zaitun yang penuh khasiat ni? Klik
Extra Mild Flavour : https://ifmal.com/product/la-espanola-extra-mild-in-flavour-olive-oil-1l/
Extra Virgin Olive Oil : https://ifmal.com/product/la-espanola-extra-virgin-olive-oil-1l/
Di IFMAL, kita ada Olive Oil La Espanola. Produk berkualiti daripada Spanyol, diimport daripada Australia khas untuk anda yang mencari kebaikan dalam minyak zaitun. La Espanola ni tak ada di Malaysia tau! Rasanya memang kaya dengan zat! Dapatkan sekarang di IFMAL
Rujukan
- https://www.sinarharian.com.my/article/29434/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/khasiat-minyak-zaitun
- https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/pemakanan/jenis-minyak-zaitun-khasiat-kepada-kesihatan/
- https://www.rasa.my/cara-betul-sihat-guna-minyak-zaitun-dalam-masakan/
- https://laespanolaoliveoil.com/products/extra-virgin-olive-oil
- https://laespanolaoliveoil.com/products/mild-light-olive-oil
Add comment
You must be logged in to post a comment.