Sebenarnya hidang makanan dengan cantik adalah penting selain daripada rasa. Tapi rasa mestilah setanding dengan rupa. Jangan pula rupa aje cantik tapi rasa kelaut pulak. Macam manusia pandangan pertama tu penting. Dari mata jatuh ke hati. Sama macam makanan bila kita tengok terus berkeroncong perut.
Orang akan makan guna mata dulu baru sampai mulut. Sebab tu kalau kita pergi kafe kebanyakkan makanan memang dihidang dengan cantik. Sangat instaworthy!
Tapi macam mana nak hidang makanan dengan cantik? Untuk hidangan yang cantik kita memang kena ambil berat daripada sekecil-kecil perkara. Daripada hal yang kecil tu dapat ubah persepsi orang yang menjamu.
Buat Kerangka
Sebelum anda mula letak makanan ke dalam pinggan. Cuba bayangkan dulu dalam kepala. Letak diri anda sebagai orang yang ingin menjamu selera. Macam mana anda nak makanan anda dihidang. Mulakan dengan susunan pinggan dan sudu garfu. Boleh juga rujuk terlebih dahulu di pintrest ke atau IG antara cara hidangan yang cantik.
Simple
Sebenarnya rahsia untuk makanan nampak cantik bila kita biarkan dia simple. Kalau terlalu sesak dengan hiasan lain tepi-tepinya akan buatkan hidangan nampak tenggelam. Lagi-lagi bila kita buat flatlay untuk gambar makanan. Biarkan orang yang makan focus pada makanan sahaja.
Seimbang
Pastikan dalam pinggan anda seimbang dengan rasa dan warna. Warna dan bentukmemainkan peranan penting juga untuk menarik perhatian orang yang menerima hidangan anda. Texture makanan yang berbeza juga menjadikan orang yang makan lebih seronok menikmati setiap suapan!
Saiz
Pastikan hidangan anda berada dalam saiz hidangan yang sepatutnya. Contohnya kalau dalam makanan anda ada sayuran, kanji dan hidangan utama. Pastikan satu tak melebih sehingga tutup makanan utama. Cara untuk bahagikan hidangan dengan betul boleh ibaratkan mcam anda tengok jam
Utama: Antara jam 3 hingga 9 pagi
Kanji: Antara jam 9 hingga 11
Sayur-sayuran: Antara jam 11 hingga 3 pagi
Serlahkan Ramuan Utama
Kalau hidangan anda adalah steak, pastikan steak lebih menonjol daripada makanan yang lain. Pastikan anda seimbangkan ukuran bahagian 3 elemen pinggan. Ramuan utama mesti menyerlah daripada 3 elemen dan bukan sebaliknya.
Warna
Warna memainkan peranan sangat penting dalam hidangan. Bila anda gunakan pinggan putih makanan lebih menyerlah bila ada kepelbagaian warna. Nak lagi menarik susunan makanan juga memainkan peranan macam mana warna akan kelihatan pada mata. Tapi pastikan warna tetap seimbang dalam pinggan supaya tak nampak serabut bila dilihat.
Nak lagi cantik boleh pakai pinggan Corelle yang cantik-cantik ada di IFMAL. Design minimalis yang tak akan buatkan hidangan anda nampak dull. Lagi menaikkan selera dan cantik mata melihat. Klik untuk cuci mata tengok pinggan https://ifmal.com/?s=corelle&post_type=product&et_search=true
Hidangkan dengan Sos
Sos sebenarnya boleh jadikan makanan anda lebih menarik. Anda boleh tuang atau renjis sedikit ke atas pinggan, di atas atau di bawah pinggan. Boleh juga buat titik pada tepi pinggan. Nak lagi menarik lukiskan garis-garis yang gabungkan pelbagai elemen hidangan menjadi corak tertentu.
Boleh guna sudu atau squeeze bottle anda sebagai berus dan sapukan sos anda dengan berseni. Atau, sajikan sos anda di sisi dalam jag yang mempunya corak mahupun bentuk yang menarik.
Guna alat yang sepatutnya
Bila kita nak hidangan yang cantik, kena guna alat yang sebetulnya bila memotong ataupun kupas. Barulah bentuk makanan kita lebih cantik dan kemas.
Beg pastri – Petua berbeza untuk hiasan yang berbeza untuk campuran ais, krim dan mentega.
Spatula logam – Untuk membentuk aising dan sos.
Pisau Kupas – Untuk mengupas, memangkas dan membersihkan hasil. Juga digunakan untuk membuat potongan hiasan.
Pisau seruling – Untuk membuat potongan hiasan beralun.
Pengupas sayur – Untuk mengupas dan menghasilkan inti.
Melon baller – Untuk mengambil bola atau setengah bola dari tembikai, wortel, timun, labu dan mentega.
Pemotong bulat – Untuk membuat potongan hiasan bulat.
Pemotong telur – Untuk membahagikan telur.
Cari gaya anda
Lepas dah berjaya faham semua konsep diatas, anda mesti dah dapat macam mana nak hidang dengan baik. Tapi boleh selalu improve dan tengok idea yang lain untuk hasil yang lebih baik. Kalau hidangan yang cantik untuk instagram worthy, pastikan anda belajar rules of third dalam photography. Mesti lebih mudah untuk anda dapat gambar yang terbaik.
Add comment
You must be logged in to post a comment.