Pengambilan serat setiap hari yang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan. Garis Panduan Diet Malaysia dan piramid makanan mengesyorkan pengambilan serat antara 20 gram hingga 30 gram setiap hari. Namun, golongan dewasa hanya mengambil 13 hingga 16 gram serat dalam diet harian mereka.
Serat atau ‘dietary fiber’ diperkenalkan bagi memberi kesan manfaat fisiologi dalam kesihatan manusia dan ia membekalkan perlindungan bagi menentang pelbagai penyakit. Ia memainkan peranan penting bagi membantu mengurangkan risiko pelbagai masalah gangguan kesihatan seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sembelit dan obesiti. Sekurang-kurangnya, pilih separuh daripada produk bijiran daripada bijirin penuh seperti beras perang, biskut, roti dan mi gandum lengkap serta bijirin tulen.
Ada banyak kebaikan dan kegunaan serat untuk tubuh badan anda yang harus anda ketahui.
- Serat yang hanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan
- Serat tak akan dihadamkan sepenuhnya oleh badan
- Serat akan menjadi makanan untuk bakteria baik dalam usus
- Serat membantu hati untuk merendahkan kolestrol
- Serat boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah
- Serat membantu anda berasa lebih kenyang apabila makan
- Serat akan membantu menghasilkan bahan yang boleh melindungi lapisan usus
- Serat yang ada dalam perut dapat membantu memberikan tenaga kepada sel yang berada dalam usus
- Serat membantu untuk menghapuskan toksin dalam badan
Di IFMAL kita ada bermacam jenis bijirin sihat yang boleh anda dapatkan dan juga boleh menjadikan Ramadhan anda lebih bertenaga. Seperti Kellogs, Sanitarium Weet-Bix dan juga Uncle Toby’s. Kelloggs yang kita ada bermacam jenis contohnya All-Bran, Nutri Grain, Coco Pops, dan Sultana Bran. Kalau Sanitarium Weet-Bix protein & Bites.
Kalau Weet-Bix ni masuk mesti laju habis. Memang ada peminatnya sendiri. Uncle Toby’s Plus pula memang kaya dengan serat yang baik untuk pencernaan. Kebanyakkan bijirin yang kita bawa masuk semuanya mempunyai healt star rating 4 hingga 5. Jadi yang mana nak amalkan pemakanan sihat pun boleh beli bijirin dekat IFMAL. Memang dijamin sihat! Jangan tunggu lagi boleh dapatkan di IFMAL atau klik
Add comment
You must be logged in to post a comment.