Pada tahun 1960, di sebuah bandar kecil yang bernama Stoke-on-Trent, England tinggallah sepasang suami isteri yang bernama Euan Cooper-Willis dan Susan Williams-Ellis. Eh, dah macam tulis cerita buku kanak-kanak pulak. Okey berbalik pada cerita asal, pinggan kegemaran ramai Portmeirion ni terhasil apabila pasangan suami isteri ni ambil alih sebuah syarikat menghias tembikar.
Nama Portmeirion ni pula diambil dari perkampungan berkonsepkan Itali yang direka oleh Sir Clough Williams-Ellis, yang merupakan bapa kepada Susan ni.
Jadi terima kasih kepada Susan dengan Euan ni, merasalah kita semua pinggan yang sangat eksklusif dan unik ni. Dekat UK orang siap buat koleksi lagi. Portmeirion ni memang sebuah brand tableware yang berprestij tinggi sebab kualiti, keunikkan dan sejarah dia sendiri. Pada setiap rekaannya jelas melambangkkan seni dan rekaan British yang klasik.
“Pinggan ni dah lah berat, lepas tu bila dah lama retak seribu.”
– Kak Non
Tapi baru ni adalah yang kata dekat sis bagi tahu yang pinggan ni berat lepas tu retak seribu bila lama-lama.
Portmeirion ni memang berat sebab dibuat dari tembikar. Corelle pulak daripada dihasilkan menggunakan teknologi Vitrelle yang mengunakan 3 jenis kaca berbeza. Sebab tu ada perbezaan dari segi berat.
Lagi satu, kalau siapa tak tahu pinggan ni memang manja sikit sebenarnya. Bukan boleh guna sesuka hati macam pinggan lain. Jadi sini kita nak bagi tips macam mana nak jaga pinggan ni :
- Pastikan anda basuh guna tangan sahaja, jangan guna dishwasher
- Pinggan ysng dibasuh tu gunakan air sabun yang suam sahaja. Jangan guna pencuci yang menghakis.
- Jangan panaskan atau sejukkan terlalu cepat. Nanti dia akan ‘thermal shock’lagi lah dia mudah nak pecah. Rehatkan pinggan dalam suhu bilik dulu kalau nak tukar dari dua suhu yang berbeza.
- Jangan masukkan pinggan ni dalam microwave
Ingat ya cik port ni tak sama macam corelle. Jadi mana-mana yang sukakan pinggan cik port ni jagalah elok-elok seperti jaga seorang bayi!
IFMAL juga lubuk kepada pinggan Portmeirion yang murah dekat Lembah Klang tau. Bukan setakat boleh beli dekat kedai, secara online pun boleh. Setiap kali restock setiap kali tu orang pakat serbu. Betullah Portmeirion ni ada peminatnya yang tersendiri. Boleh klik untuk cuci mata tengok >> portmeirion << kita!
Add comment
You must be logged in to post a comment.