Siapa yang guna pinggan Corelle ni memang tak akan berpatah balik pakai pinggan lain kebanyakannya. Ada yang buat Corelle ni sebagai pinggan basahan memandangkan ciri-cirinya yang tahan lasak dan susah pecah. Bukan kata tak boleh pecah tapi susah pecah ya. Selain itu pinggan dia juga ringan dan tak lenguh tangan nak bawa.
Corelle ni memang jadi kegemaran mak-mak kita daripada zaman dulu lagi. Memang tak dinafikan lagi kualitinya dari dulu lagi. Ada yang pakai corelle ni 10 ke 20 tahun masih tahan lagi. Kalau nak bagi anak-anak basuh pinggan Corelle ni tak ada risau sangat sebab setakat terlanggar rak pinggan ke apa masih steady.
Pernah tak tertanya macam mana pinggan yang biasanya berat dan mudah pecah boleh jadi ringan, tahan lasak dan tak mudah pecah? Kenapa Corelle boleh berani clain ‘Say goodby to chips & cracks’? Corelle ni tak menggunakan material yang sama macam anda beli pinggan yang dekat luar sana. Antara material yang popular untuk pinggan makan ni biasanya macam Bone China, Porcelain, Stoneware, Melamine dan Earthenware.
- Bone China : Kalau pinggan bone China dia lebih tahan lama, ringan dan sangat cantik untuk digunakan sama ada harian mahupun untuk majlis istimewa. Pinggan bone china ni juga antara pinggan yang paling kukuh. Boleh digunakan dalam microwave mahupun dishwasher.
- Earthenware : Pinggan ni biasanya lebih kasual dan antara material pinggan yang telah wujud lama. Walaubagaimanapun pinggan ni agak berat berbanding pinggan sekarang. Pinggan Earthenware ni tak boleh kalau kita biarkan dia alami perubahan suhu. Contohnya daripada suhu bilik masuk ke oven mahupun microwave. Ini menjadikannya lagi senang pecah.
- Porcelain : kebanyakkan pinggan daripada material ini tahan lasak memandangkan dalam proses pembuatannya telah melalui proses pembakaran yang tinggi. Pinggan daripada material ini juga selamat digunakan dalam dishwasher, microwave dan juga oven.
- Melamine : Ini adalah kebanyakkan pinggan yang semua orang ada. Bahasa kasarnya kita panggil pinggan plastik. Pinggan yang macam ni memang susah pecah mahupun sumbing. Sesuai untuk kegunaan luar, pinggan jenis ini tak sesuai untuk digunakan dalam oven mahupun microwave tetapi masih boleh digunakan dalam dishwasher.
- Stoneware : Stoneware ni adalah material kebanyakkan pinggan yang kita ada sekarang. Biasanya dia lebih berkilat dan sesuai digunakan untuk kegunaan seharian. Kebanyakkan stoneware lebih tahan lasak berbanding earthenware tetapi masih perlu dijaga sebaiknya dan dijaga dalam suhu yang sama. Yang mana ianya tak boleh terdedah pada suhu terlalu tinggi ataupun terlalu sejuk.
Tapi tahukah anda Corelle tak menggunakan mana-mana material yang di atas. Rahsia ketahanan pinggan ini terletak pada teknologi Vitrelle yang mengunakan 3 jenis kaca berbeza. Kaca tersebut dipanaskan sehingga mencapai suhu 1317 darjah Celcius sehingga cair! Kaca lapisan dalam kemudian disalut dgn lapisan kaca lutsinar yang tipis pada bahagian luar. Kedua kaca ini mempunyai komposisi yang berbeza menyebabkan apabila kaca-kaca ini menyejuk, kaca lapisan dalam menarik kaca lapisan luar dengan lebih kuat. Proses ini lah yang membuat pinggan Corelle anda lebih nipis dan ringgan tetapi lebih kuat berbanding pinggan kaca biasa. Nak corelle murah? Klik ifmal.com
Add comment
You must be logged in to post a comment.