Hobi orang perempuan ni kadang-kadang susah nak faham. Dia macam ada seasons dia dekat facebook ke mana-mana media sosial pun boleh nampak. Women power tu pakat share macam-macamlah barang. Mula-mula tupperware, periuk seramik, lepas tu pinggan mangkuk, air fryer, Thermomix, Norwex, Noxxa sekarang Young Living.
Kalau zaman tupperware tu sampai tak muatlah almari nak simpan. Macam-macam warna. Bila nak guna bekas tapau, dia mana bagi tupperware dulu. Tipuware! Kalau terpaksa bagi Tupperware macam-macam pesanan, kalau hilang boleh kot consider tak balik rumah kalau tak nak singa mengamuk.
Zaman periuk seramik pulak, macam-macamlah trik nak minta beli tu. Janji nak masak lah. Google resepi semua. Hari-hari share resepi dekat facebook tu. Sebulan dua periuk sampai tu nampak la semangat tu, masuk tiga bulan dah jadi hiasan antik dah. Masak ke mana periuk pun kemana.
Pinggan mangkuk ni tak tahu nak cakap, dekat IFMAL memang ramai akak-akak serbu pinggan. Corelle, Noritake, Portmerion. Kalau Corelle tu beli mesti nak match dengan Corningware. Kita memang respect dengan abang-abang yang teman akak-akak beli pinggan siap tolong pilih dan bayar lagi. Suami mithali!
Datang zaman gadget-gadget air fryer dengan Noxxa tu pun sama aje khabarnya macam periuk seramik tu. Noxxa tu kalau keluar ada la setahun sekali lagi-lagi waktu raya untuk masak rendang. Sekarang datang Thermomix, effortless cooking. Tak perlu periuk kuali. Dengar harga nangis jugaklah.
Datang pulak perangai beli kain buruk Norwex pula. Bila tanya apa kelebihan kain ni berbanding kain di DIY tu? Katanya lap guna kain ni lagi bersih. Boleh juga guna untuk lap muka memang peloles muka. Lain macam wanita ni, kain buruk pun bangsawan.
Sekarang sejak pandemik ni makin hot pula Young Living. Ala yang Essential Oil sekali dengan air diffuser tu. Orang perempuan jawap boleh bantu tidur dengan mudah kalau ada ni, bantu kurangkan bersinlah dan bersihkan udara la, lagi-lagi bila kita ni mula hidup dengan Covid-19. Harga boleh tahan jugak tu. Tertanya juga kenapa Young Living tu mahal? Apa yang membezakan dia dengan essential oil yang ada dekat luar sana?
Ada banyak sebab kenapa Young Living Essential Oil mahal . Salah satu sebab paling utama adalah cara penghasilan minyak itu sendiri. Contohnya , YL Peppermint, nak dapatkan 15 ml sahaja minyak patinya, perlu lebih kurang 0.45 kg pokok Peppermint yang berkualiti. Guna teknologi penyulingan berwap untuk hasilkan minyak pati betul-betul pati. Kalau Essential oil Lemon bersaiz 15ml tu, perlukan 75 biji kulit buah Lemo. Kemudian gunakan kaedah COLD PRESS.
Tidak di tambah bahan lain mcm pelarut atau solvent seperti minyak putih atau alkhohol yang selalu di campur supaya nampak banyak. Tapi disebabkan YL Essential Oil ni memang pati pekat, setitik pun dah cukup untuk kegunaan harian anda. Jadi memang berbaloi lah wang ringgit anda. Boleh pakai berbulan-bulan tau!
Yang pastinya :
✅Young Living Essential Oil 100% pure dan natural.
✅Young Living ada Own farm, partner farm dan coop farm.
✅ Young Living tak menggunakan sebarang pesticide pada pokok-pokok mereka
✅ Young Living menghasilkan tiap produk mereka dengan teliti dan bersih
✅Young Living berada di pasaran lebih dari 20tahun. Mereka memang pakar dalam penghasilan Essential Oil yang berkualiti.
Itulah apa yang orang perempuan akan jawap kalau hobi membeli dia dah sampai. Malas nak mengata lebih tapi biasanya apa orang perempuan beli ni untuk kegunaan keluarga juga. Para suami-suami redho ajelah, orang cakap kalau kita tak berkira dengan isteri ni rezeki lagi murah. Hihihi
Nak dapatkan Young Living Essential Oil untuk isteri, boleh dapatkan di IFMAL https://ifmal.com/?s=young%20living&post_type=product&et_search=true&fbclid=IwAR0szorGOZEZJYZ3XwyJntNln7N0pnhPeDQpHJWSnDZTERo3gQUOyBN84E8
Add comment
You must be logged in to post a comment.