Pelanggan setia IFMAL mesti kenal dengan Coles Cookies. Kalau masa raya ada yang sanggup beli borong untuk buat biskut raya. Cookies ni memang special dalam hati pelanggan IFMAL dan masyarakat Australia sendiri. Siapa yang pernah pergi Aussie kebanyakkan mesti pernah rasa.
Cookies ni setiap kali masuk IFMAL memang laju habis. Sekejap aje dah hilang dekat rak. Mana ada orang ambil sekotak dua kalau dah pernah cuba. Sekali cuba memang nak lagi. Bayangkanlah biskut ni separuh daripada dia dah dipenuhi dengan chocolate chips. Mana ada biskut dekat Malaysia macam tu. Dalam iklan aje nampak banyak.
Cookies ni sebenarnya ada 5 jenis. Semua yang lima ni mempunyai keistimewaan dan kesedapan yang tersendiri. Memang tak boleh nak lawan kalau banding dengan biskut pemes emes ke apa. Tak sama langsung. Siapa yang belum cuba memang wajib cuba. Antara lima jenis Coles Cookies yang anda boleh dapatkan
- Ultimate 40% Chocolate Chip Cookies 400g
- Ultimate 40% Chocolate & Salted Caramel Chip Cookies 400g
- Ultimate 40% Triple Chocolate Chip Cookies 400g
- Ultimate 40% Chocolate Chip Cookies Dipped Chocolate 400g
- Ultimate 40% Triple Chocolate Chip Cookies Chocolate Dipped 400g
Kalau Ultimate 40% Chocolate Chip Cookies ,Ultimate 40% Chocolate & Salted Caramel Chip Cookies dengan Ultimate 40% Triple Chocolate Chip Cookies ni lagi sedap kalau anda panaskan dalam 15 saat-30 saat dalam microwave. Lagi sedap terangkat nak makan biskut panas-panas. Ibarat baru keluar daripada oven rasa dia. Cookies dia tebal. Tapi tak keras. So so je. Ngam soi orang kata. Coklat cip dia memang tak kedekut. Kalau masuk memang cair di mulut.
Kalau siapa yang gila coklat boleh dapatkan yang triple cookies. Tapi, untuk yang lagi gila-gila suka coklat, Coles Cookies ni ada yang siap dipped dengan coklat tau iaitu Ultimate 40% Chocolate Chip Cookies Dipped Chocolate dengan Ultimate 40% Triple Chocolate Chip Cookies Chocolate Dipped. Bahagian hadapan cookies dipenuhi dengan chip coklat dan belakang disaluti coklat! Memang gila-gila coklat.
Kalau yang tak tahu, Coles kita bawa dari Aussie. Coles ni macam Tesco dan Aeon kat Malaysia. Bayangkan Coles ni dah beroperasi sejak 1914 lagi sebenarnya. Dah sekarang dah 107 tahun! Tujuan Pengasas GJ Coles mencipta sebuah kedai sebegini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup keluarga yang ada di Australia.
Coles ni ada macam-macam product sendiri juga. Macam kita bawa masuk pancake kegemaran ramai tu pun daripada coles, maple syrup dan macam-macam lagi. Rasa memang sedap. Harga semua berpatutan dan mampu milik! Memang seiring dengan falsafah pegangan Coles sejak 107 tahun dahulu.
Tapi, kalau pergi beli kat bakery Coles, anda tak akan dapat sekotak macam mana yang anda beli di IFMAL ni tau. Tapi akan beli yang macam dalam gmbar ni je. Satu pek ada lebih kurang tujuh lapan keping. Dekat IFMAL, kami ada bawa masuk yang dalam kotak. Satu kotak padat dengan cookies. Ada lebih kurang 30 keping (400g). Kalau tnya IFMAL, memang berbaloi beli dengan kuantiti dan kualiti dia. RM16.50 je sekotak. Pendapat kami, lagi sedap sebenarnya dari cookies anda beli kat mall tu.
Lepas tu janganlah risau product coles ni kira-kira 70% daripada semua barang yang dijual di Coles kini disahkan halal sama ada membawa simbol halal atau tidak. Hampir semua roti, susu, mentega, keju, yogurt dan marjerin disahkan halal. Semua ini produk secara semula jadi halal, tetapi kini diperakui. Anda boleh rujuk di sini https://www.aph.gov.au/DocumentStore.ashx?id=932e98df-0bb3-4d41-8db4-76418c047df9&subId=351963
Macam mana, tak terliur ke siapa yang tak pernah rasa biskut ni lagi. Yang dah pernah rasa tu berapa lama nak tunggu? Tak kan nak tunggu habis baru nak dapatkan cookies yang sedap ni! Siapa yang nak beli boleh dapatkan kat website klik sahaja https://ifmal.com/?s=coles+cookies&post_type=product&et_search=true . Yang mana nak beli kat shopee pun boleh. Harga lain sikit, tapi boleh jimat kat Free Shipping
Add comment
You must be logged in to post a comment.