Corelle ni kita dah biasa dengan dari zaman mak-mak lagi. Kalau sebut Corelle mesti suruh pergi beli dekat Langkawi. Jauh betul nak pergi Langkawi kan.
Kenapa nak pergi cari Corelle Langkawi kalau boleh pergi dekat KL aje? Corelle dekat IFMAL lagi murah. Kos pun tak tinggi nak travel jauh.
Degil nak cakap Corelle Langkawi tu murah, okey cuba buat kira-kira kos minyak dan tol nak ke Langkawi. Mahal ke murah? Jauh lagi mahal sebenarnya. Kalau dengan IFMAL harga masih murah. Siap boleh hantar dekat rumah lagi.
Pinggan IFMAL tak ada warranty? Sebab kami bukan Distributor Corelle tapi Reseller. Harga kita memang jauh lagi murah daripada Distributor. Kalau dekat luar harga warranty yang menyebabkan harga pinggan Corelle tu jauh lebih mahal.
Bila kami reseller kami tak akan terikat dengan Corelle. Jadi kami boleh bawa masuk macam-macam corak ke Malaysia dan buat promo bila-bila masa sahaja. Kalau kami distributor daripada Corelle segalanya kena bergantung dengan Corelle.
Dekat IFMAL sebelum anda bawa pulang kami akan bagi anda check semuanya terlebih dahulu dan boleh tukar secara terus. Kalau postage tak payah risau pihak kami akan check dahulu. Pecah sewaktu penghantaran? Jangan risau boleh maklumkan dekat kita, kita terus ganti baharu. Tapi tertakluk kepada terma dan syarat.
Corelle ni jadi kegemaran para isteri ni disebabkan ciri-ciri tahan lasak dan susah pecah. Meh kita cerita secara sains sikit. Pinggan ni dihasilkan menggunakan teknologi Vitrelle yang mengunakan 3 jenis kaca berbeza. Kaca tersebut dipanaskan sehingga mencapai suhu 1317 darjah Celcius sehingga cair. Kaca lapisan dalam kemudian disalut dgn lapisan kaca lutsinar yang nipis pada bahagian luar.
Kedua kaca ini mempunyai komposisi yang berbeza menyebabkan apabila kaca-kaca ini menyejuk, kaca lapisan dalam menarik kaca lapisan luar dengan lebih kuat. Ini yang membuatkan pinggan Corelle anda lebih nipis dan ringan tetapi lebih kuat berbanding pinggan kaca biasa.
Tapi kalau saya, saya suka corelle ni jugak sebab corak dia yang cantik. Lagi-lagi yang Chelsea Rose, Uptown Garden, Fleurs Du Soir dengan Silver Birch. Sebab design-design dia nampak artistik betul. Sesuailah dengan jiwa seni saya ni.
Ada juga orang beli Corelle sebab Prestige. Dia memang suka bila dipuji-puji. Diorang akan rasa bangga bila orang puji melambung-lambung. “Fuyoo pakai Corelle”. “Fuyoo pinggan mahal”. “Makan nasi putih dengan telur dadar pun rasa special.” Itu memang tak boleh dinafikan. Manusia ni memang suka puji pujian.
Suka guna corelle ni, tahan. Masuk ni dah 10 tahun guna.. Guna setiap hari…tiada lagi set dia yg pecah..
– Norashikin
Ada yang beli sebab pengalaman positif dari orang sekeliling dia. Ini pun salah satu faktor utama oran guna Corelle. Rata-rata yang pernah guna Corelle, mesti akan teruskan guna Corelle. Tak percaya? Cuba anda pakai pinggan Corelle untuk kegunaan harian anda selama sebulan. Saya boleh jamin yang bila anda tukar ke pinggan kaca lain, anda akan rasa risau. Risau pinggan pecah. Malas. Malas nak basuh sebab berat.
So apa lagi yang menghalang anda daripada beli Corelle? Klik https://ifmal.com/?s=corelle&post_type=product&et_search=true untuk beli sekarang!
Add comment
You must be logged in to post a comment.