Corelle memang jadi jenama pinggan kegemaran mak-mak kita dari zaman dulu lagi. Dulu siap ada join kutu untuk beli set pinggan corelle. Kualiti corelle ni memang tak dapat dinafikan. Ada yang pakai corelle ni 10 hingga ke 20 tahun. Memang lama, iyalah Corelle ni dah diperkenal sejak 1970 lagi.
Ada yang beli Corelle untuk kumpul. Lagi pula ada design Corelle yang boleh dipadankan dengan set Corningware. Bila nak hidang makan tu memang sejuk mata memandang. Tapi biasalah seiring dengan masa tu mungkin ada yang dah pecah atau sumbing. Bila tengok tak lengkap mula sakit mata. Nak cari Corelle Loose bukan senang.
Tapi jangan risau sebab semua tu boleh dapat di IFMAL, pusat Corelle murah di Lembah Klang. Di IFMAL kita ada 8 series iaitu Corelle Boutique, Classic, Coordinates, Deluxe, Livingware, Signature, Square dan Vive. Dari series ni kita ada sebanyak 4535 jenis pinggan mangkuk, bersamaan dengan lebih 35, 000 keping Corelle Loose! Memang banyak! Pasti rambang mata bila datang ke IFMAL. Jangan risau semuanya ori!
Tapi ada beberapa design yang sangat hot. Sebab design ni antara design awal yang Corelle keluarkan. Itu yang jadi port pengumpul pinggan Corelle cari koleksi mereka. Antara designnya ialah :
? Corelle Plum : Design ini boleh kata semua kenal sebab tengok mak-mak simpan. Dengan siap ada set Corningware untuk dipadankan lagi. Corak plum ungu dan dedaun hijau ni memang evergreen. Setiap kali restock, laju aje habis. Memang ramai sebenarnya yang kumpul Corelle Plum ni. Lagipun untuk design ni memang ada lebih banyak jenis pinggan berbanding yang lain. Design lama. Sebab tu ramai yang suka kumpul. Klik : https://ifmal.com/?s=corelle+plum&post_type=product&et_search=true
? Corelle Imperial : Design ala-ala royal dengan motif berwarna kelabu dan oren lembut ni nampak klasik dan eksklusif. Untuk design ni ada macam-macam jenis pinggan mangkuk. Contohnya Mini Plate, Soup Plate, Ramekin, Serving Bowl, Cereal Bowl, Noodle Bowl, Rice Bowl, Luncheon Plate dan macam-macam lagi. Design Imperial ada juga dalam versi Corningware. Memang sesuai untuk yang suka set pinggan makan dan lauk yang seragam saat menghidang. Klik : https://ifmal.com/?s=corelle+imperial&post_type=product&et_search=true
? Corelle Shadow Iris : Corak yang minimalis dan sofiskated. Motif bunga Iris ungu pada Shadow Iris menjadi kegemaran peminat pinggan Corelle dan juga Corningware. Ada macam-macam jenis pinggan mangkuk dengan design ini yang boleh didapatkan untuk dimasukkan ke dalam koleksi anda. Design ini memang tidak dinafikan kelihatan sangat elegan dan sempurna di meja makan. Klik : https://ifmal.com/?s=corelle+shadow+iris&post_type=product&et_search=true
? Corelle European Herbs : Corak dedaun herba yang berwarna hijau dan sedikit warna kuning juga pink pada bunga, jelas menggambarkan namanya. Makanan nampak lebih menyelerakan saat dihidang di atas pinggan ini. Dengan adanya pelbagai jenis pinggan mangkuk yang boleh dipadankan dengan set Corningware, tak pelik kalau corak ini juga menjadi kegemaran peminat Corelle. Klik : https://ifmal.com/?s=corelle+european+herbs&post_type=product&et_search=true
? Corelle Provence Garden : Masih kekal dengan warna dedaun hijau, corak pada Provence Garden ni nampak lebih segar dan menarik pada mata. Lagi-lagi dengan adanya warna merah pada corak bunganya. Comel. Yang mana pinggan sumbing atau ada set yang pecah boleh dapatkan penggantinya di IFMAL. Ada macam-macam jenis pinggan, mangkuk mahupun cawan. Nak dipadankan dengan Corningware juga boleh. Klik : https://ifmal.com/?s=corelle+provence+garden&post_type=product&et_search=true
Cuba check almari mak-mak dekat dapur tu, ada tak yang simpan corak ni? Share dengan kami gambar set yang ada. Kalau ada mana tak cukup tu bolehlah tambah lagi. Yang mana nak berjinak-jinak dengan Corelle yang boleh match dengan Corningware boleh pilih antara 6 design popular ni.
Kalau yang nak beli sikit-sikit, tak berapa ada sangat duit nak beli Corelle set boleh juga beli Corelle Loose ni. Sesuai dengan bajet anda. Beli sikit-sikit lama-lama lengkap semua. Janji dapat pinggan yang berkualiti dan tahan lasak. Pelaburan jangka masa panjang kiranya.
Tak payah susah-susah cari Corelle sampai ke Langkawi. Kenapa nak pergi jauh untuk dapatkan Corelle murah kalau ada yang dekat? Semua dihujung jari. Tak boleh ke datang ke kedai kami? Jangan risau IFMAL.com sahaja lah! Pinggan Corelle terus ke pintu rumah anda!
One comment
SOFEA
Terbaik. Sis suka sgt Corelle ni. Kat rumah mmg jadi pusat koleksi Corelle. Banyak juga yg beli dari IFMAL