Bila nak cakap tentang perfume ni, kita bukanlah saudagar minyak wangi. Biasalah orang datang IFMAL dengan mindset IFMAL jual corelle, tapi sebenarnya IFMAL lebih daripada tu. Kita bawa masuk minyak wangi original daripada Australia datang ke Malaysia. Memang lebih murah daripada harga pasaran dekat Malaysia ni.
Sampai dekat IFMAL ada regular customer yang memang datang untuk cari perfume sahaja. Kenapa nak susah-susah pergi Australia yang jauh tu kalau boleh beli dekat IFMAL kan. Jimat masa, jimat duit.
Ramai yang tahu ada banyak jenis minyak wangi. Dari Eau Fraiche sampai Parfum. Biasa kita dengan Eau de Toilette dengan Eau de Parfum lah kan. Setiap jenis tu punya ketahanan bau yang berbeza dan mempunyai kepekatan minyak wangi yang berbeza.
Walau macam mana pun ada yang salah faham konon dah beli Eau de Parfum mesti tahan berjam-jam tapi bila dah pakai tiba-tiba bau macam tak lama. Memang betul EDP biasanya tahan 4-5 jam, ada yang kata 6-8 jam sebab kepekatan minyak wangi dalam tu lebih. Ada yang menggelupur terus cakap minyak wangi palsu lah, overclaim lah macam-macam lagi. Sedangkan salah sendiri dan dia sendiri tak faham konsep penyesuaian bau yang terjadi pada diri sendiri. Kenapa kita cakap salah sendiri?
- Sebab pemakaian perfume sama ada spray directly ke kulit atau mistkan sekeliling badan akan memberikan kesan yang berbeza kepada pemakai.
- Pemakaian perfume pada tempat selain pulse point.
- Jenis kulit kering, kalau kulit kering perfume akan mudah tersejat keluar daripada kulit.
Apa itu konsep penyesuaian bau? atau bahasa Inggerisnya Olfactory Adaptation. Proses fisiologi yang mana deria bau kita dah adaptive dengan bau tu sebab tu kita tak akan dapat bau wangian tu lagi. Kiranya hidung kita dah lali/kalis dengan bau tu. Tak jadi lagi asing dengan deria bau badan anda. Kena faham perfume ni, bila kita pakai memang kita tak akan bau. Beberapa jam pertama memang kita bau. Selebihnya hidung kita ni akan sebati dengan bau tu. Orang lain boleh bau. Tapi kalau orang tu ada dengan kita sepanjang waktu pun hidung dia akan sebati dengan bau tu
Selain itu kena faham konsep notes wangian tersebut yang terbahagi kepada tiga
- Top notes : Bauan pertama yang anda bau sebaik sahaja disembur kepada badan anda. Bau ini akan hilang lebih cepat
- Middle/heart notes : Bau yang terhasil selepas top notes hilang
- Base notes: Bauan yang kekal lama pada tubuh anda
Jadi macam mana nak buat wangian ni tahan lama? Dah la beli mahal-mahal, original pulak. Tak baik tau tiba-tiba cakap orang scam minyak wangi dan nak refund tanpa logik akal. Antara cara yang anda boleh buat wangian anda bertahan lama
- Jangan pakai perfume dengan deodorant yang ada bau
- Pakai perfume lepas mandi atau pakai body oil, lotion, vaseline
- Pastikan spray pada pulse point. Contohnya bahagian belakang telinga, pergelangan tangan, leher, bahagian dalam siku, belakang lutut, bahagian yang biasanya panas.
- Kalau spray pada pergelangan tangan jangan rub
- Spray perfume pada pakaian
- Spray terus kepada bahagian kulit, jangan mist kan pada keliling padan. Kalau macam tu baik beli body mist sahaja
- Layer kan perfume anda, atau spray berulang kali
- Perfume anda jangan terdedah kepada cahaya, panas atau lembab pada masa yang lama. Kerana dia akan mengurangkan kualiti dan kepekatan minyak wangi. Lebih elok simpan pada tempat kering dan jauh dari tingkap.
Jadi, apa lagi. Ilmu minyak wangi kita dah bagi. Nak beli perfume original murah tak? Dekat IFMAL ada banyak tau. Ini antara apa yang kita ada
Jom berwangi-wangi di IFMAL sekarang!
Add comment
You must be logged in to post a comment.