Sudah hampir setahun lebih kita hidup dengan norma baharu sejak berlakunya pandemik Covid-19 atau juga dikenali sebagai wabak koronavirus. Koronavirus merupakan virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. Apa yang kita tahu antara gejala mereka yang dijangkiti penyakit ini adalah demam, batuk, sesak nafas, hilang deria rasa juga bau, sakit tekak, pening kepala, sakit badan, keletihan dan lain-lain lagi seperti simptom yang di atas.
Sejak penularan wabak ini kita dimaklumkan bahawa golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini adalah kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik, wanita hamil dan mereka yang mempunyai imuniti yang rendah. Walaumanapun begitu sejak akhir-akhir ini di Malaysia telah muncul varian baru yang lebih ganas. Di mana ianya merebak lebih cepat dan dikaitkan dengan kematian yang lebih tinggi. Di Malaysia adanya varian Afrika Selatan (B.1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).
Kini virus ini juga menyerang golongan muda dan ada yang tidak mempunyai sebarang penyakit. Semua masyarakat kini dalam keadaan runsing. Malaysia berjaya menurunkan kadar jangkitan hingga 0 kadar jangkitan namun begitu meninggkat semula. Atas sebab apa?
Salah rakyat ke yang tak mengikut sop? Sedangkan rakyat Malaysia inilah yang paling mudah untuk berkerja sama sewaktu PKP dahulu. Yang mana jalan raya mula sunyi dan tidak ada siapa yang melanggar peraturan. Semuanya #KitaJagaKita. Ketika kelonggaran diberikan semuanya masih mengikuti peraturan memakan pelitup muka, jarak 1 meter, sentiasa mencuci tangan dengan air serta sabun atau sanitizer dan tiada lagi kontak rapat antara satu sama lain. Semua sedaya upaya mengikut norma baharu. Jadi silapnya di mana?
Ada yang tak percaya dengan wabak ini telah sambil lewa merentas negeri dan akhirnya telah membawa virus kepada orang lain. Ada yang sanggup memotong gelang pink atau berkeliaran dengan adanya gelang pink. Tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.
Nabi s.a.w. telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Daripada PKP, PKPB, PKPD, PKPP kembali ke PKP, kes hari 5671. Masih pada tahap membimbangkan. Alhamdulillah kini kita telah mula mendapat bekalan vaksin. Antara jenis vaksin yang ada adalah Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Setakat ini sudah 2,724,048 telah menerima vaksin dan 12,799,802 telah berdaftar. Kita masih lagi belum mencapai tahap 100% untuk mencapai herd immunity.
Lagi merunsingkan apabila ramai lagi yang belum berdaftar atau ada yang anti-vaksin. Dimana mereka menyebarkan dakyah bahawa tidak perlu ambil vaksin. Vaksin ada DNA babi. Hanya perlu percaya pertolongan Allah s.w.t. Ada juga yang menyarankan untuk bau wap bunga cengkih, lebih teruk lagi minum clorox untuk mencuci. Belum lagi dikaitkan dengan agenda yahudi, freemason, dajjal mahupun illuminati.
Kadang-kadang risau. Kita berada di zaman yang serba maju tapi masih ada yang mempercai perkara sebegini. Sebagai umat Islam bukanlah kita ini bertuhankan covid mahupun tidak mempercayai dengan pertolongan Allah s.w.t sekiranya ambil vaksin. Namun begitu, kerana percayalah yang Allah s.w.t sendiri mahu kita iktihar terlebih dahulu, bukan hanya berserah. Sedangkan Mufti sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa pengambilan vaksin ini adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Vaksin ini mengandungi bahan aktif yang dipanggil antigen. Antigen ini diperolehi daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin ini tugasnya adalah untuk merangsang sistem imuniti dalam tubuh untuk membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit tersebut.
Penting untuk kita mengambil vaksin sebenarnya. Ini adalah kerana untuk membentuk antibodi, mengurangkan keberangkalian kejadian penyakit COVID-19 dan secara tidak langsung dapat melindungi mereka yang tidak boleh menerikma vaksin.
Ada yang tak nak mengambil vaksin kerena katanya menjadikan parah. Ini adalah tidak benar sama sekali. Demam, sakit-sakit sendi yang dialami sebaik sahaja vaksin itu adalah normal. Badan kita merima benda baru lalu sistem imunisasi akan diaktifkan. Disebakan itu gejala itu datang untuk sementara.
Adalah penting untuk semua orang menerima dos pertama vaksin covid-19 dan melengkapkan dos kedua untuk mencapai Herd Immunity. Herd Immunity atau Imuniti kelompok merujuk kepada masyarakat yang sebahagian daripada mereka telah telah mempunyai imuniti dan terlindung daripada jangkitan penyakit tersebut. Apabila herd immunity telah dicapai maka virus ini akan sukar untuk bertapak dalam komuniti.
Ada yang kata untuk apa ambil vaksin kalau boleh dijangkiti lagi. Vaksin tidak menjadikan anda kebal tapi dapat mengurangkan kesannya dan juga mengelakkan tersebar. Sekiranya anda baru divaksin, atau baru sahaja lengkap divaksin jangan lupa untuk terus mengikut SOP. Ambillah vaksin untuk melindungi diri sendiri dan juga yang tersayang sekeliling anda. Lindungi diri anda untuk lindungi semua. Jangan terpedaya dengan berita-berita palsu. Kita semua nak hidup seperti dulu. Bebas tanpa mask. Boleh merentas kemana-mana untuk jumpa ibu bapa.
Para frontliners semua makin penat, hospital mula tak mampu nak menampung pesakit, mayat-mayat sudah mula ditempatkan dalam kontena, yang hendak ditanam juga menunggu giliran, ramai ibu mengandung yang tewas, ada menghembuskan nafas sendirian dirumah. Ramai yang ekonomi mula terjejas. Dibuang kerja. Terpaksa dua tiga kerja. COVID-19 itu benar. Bukan propaganda. Sekritikal mana lagi keadaan baru semua akan patuh sop dan tak gentar ambil vaksin?
Semua penat. Semua kena berganding tenaga. Kalau nak membeli belah biarlah dalam talian. Elakkan bersesak. Jangan lupa jenguk jiran sebelah dan hubungi yang tersayang. Bersama-samalah kita bantu memutuskan rantaian COVID-19 dan capai herd immunity. Yang penting kita kena jaga kita!
Rujukan
- https://mysejahtera.malaysia.gov.my/vaccine/faq.pdf
- https://www.vaksincovid.gov.my/soalan-lazim/
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid19-antara-fakta-dan-mitos-yang-perlu-anda-tahu-285301
- https://kpkesihatan.com/2016/06/27/imuniti-kelompok-herd-immunity/
- http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/01/apa-itu-herd-imunity-imuniti-kelompok-08012021
- https://www.jakoa.gov.my/apakah-itu-vaksin-kenapa-semua-orang-perlu-divaksinkan-mengapa-tidak-orang-yang-berisiko-sahaja/
- http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19
- https://www.malaysiakini.com/news/575101
- https://www.vaksincovid.gov.my/en/statistics/
- http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19
- https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/Fatwa-Covid-19-Malay
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/785997/hukum-vaksin-covid-19-harus-mufti-wilayah
- http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/
- https://www.malaysiakini.com/news/573012
Add comment
You must be logged in to post a comment.