Sebenarnya amalan makanan sihat sangat senang dicapai. Ada pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk memastikan diet pemakanan sihat anda dapat dicapai dengan jayanya. Salah satu caranya bermula dengan pinggan anda. Pernah dengar konsep Suku Suku Separuh dan pinggan sihat Corelle?
Suku suku separuh ini adalah teknik visual pantas yang boleh membantu anda untuk kenal pasti dengan pantas sama ada hidangan anda itu seimbang dan sihat atau tidak. Untuk memudahkan lagi, boleh gunakan pinggan sihat yang ada bahagian suku suku separuh. Size pinggan yang sesuai untuk dewasa adalah 9 inci (23cm) manakala kanak-kanak 7 inci (18cm).
Jangan tak percaya Corelle pun ada pinggan ni. Ada dua size. Iaitu 26 cm dan juga 21.6 cm. Jadi boleh juga gunakan yang 26cm untuk hidangan dewasa dan 21.6 cm untuk hidangan kanak-kanak.
Jadi apa yang anda harus letak dalam pinggan suku suku separuh anda :
- 1/4 bahagian karbohidrat : bijirin/produk bijirin penuh, roti wholegrain atau nasi
- 1/4 bahagian protein : ayam, daging, ikan, itik atau telur
- 1/2 pinggan sayuran atau buah-buahan
1/4 bahagian ni bersamaan dengan saiz genggaman tangan dan 1/2 bahagian adalah merujuk kepada saiz tapak tangan anda. Bagi minuman adalah lebih baik air kosong berbanding minuman manis. Antara hidangan yang mematuhi konsep suku suku separuh adalah nasi lemak, chapati juga dhal, sup mee hoon, nasi putih bersama ikan bakar serta sayur atau roti bersama telur dan salad.
Pinggan sihat corelle ni membantu anda mencapai konsep keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam diet sihat. Hidangan yang seimbang adalah hidangan yang mempunyai kumpulan makanan utama dalam piramid makanan. Kesederhanaan adalah penting dalam hidangan untuk memastikan jumlah hidangan yang diambil adalah mengikut jumlah yang diperlukan dan tidak berlebihan.
Kepelbagaian pula supaya pinggan anda tak membosankan walaupun dengan makanan sihat. Nak lagi menarik guna pinggan suku suku separuh corelle yang cantik. Lagi menambah selera dan menaikkan lagi semangat untuk mengamalkan lagi makanan sihat.
Selain itu cara memasak juga memainkan peranan penting untuk menentukan makanan itu sihat atau tidak. Elakkan makanan yang bergoreng yang menggunakan minyak berlebihan. Lebihkan makanan yang menggunakan teknik kukus, rebus, panggang, bakar, didih atau tumis.
Selamat menjayakan makanan sihat dengan pinggan corelle suku suku separuh! Tak payah susah-susah cari corelle murah dekat langkawi, di IFMAL Corelle Murah tanpa perlu pergi jauh! Klik sekarang untuk dapatkan di IFMAL https://ifmal.com/?s=divided+dish&post_type=product&et_search=true
Add comment
You must be logged in to post a comment.