et-loader

Muruku merupakan salah satu makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu.

Muruku diperbuat dari tepung kacang tosai dan tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku mempunyai pelbagai bentuk dan namanya juga berbeza tetapi kebiasaannya ia berbentuk seperti bulatan dan panjang-panjang halus.

Jenis-jenis muruku ni banyak antaranya Muruku Omapodi, Muruku Ribbon Pagoda, Muruku asli, Muruku Mix dan banyak lagi. Tetapi rasanya tetap sama kerana bahan yang digunakan adalah sama seperti maruku asli.

Muruku dibuat menggunakan acuan khas yang memudahkan kita membentuk. Acuan tersebut mudah didapati dan harganya murah. Cara membuatnya perlukan teknik yang betul dan tenaga yang banyak untuk menekan doh tersebut.

Weight 0.83 kg
Dimensions 24 × 12 × 12 cm
0