Sebenarnya nak masak pasta ni macam-macam yang kita boleh pelbagaikan. Hari ni kita akan kongsi dua lagi resepi mudah dan sedap hanya dengan menggunakan Leggo’s Australia bersama La Espanola Olive Oil.
Siapa yang pernah tengok filem animasi Ratatoile? Ratatouile tu sendiri adalah sejenis masakan sayuran di Perancis. Tapi dalam Filem Animasi Ratatouile ni adalah tikus yang berkebolehan memasak! Ada satu resepi yang memang orang teringin nak cuba sebaik sahaja tengok filem ini, jom kita try!
RESEPI SUP PASTA RATATOUILE
Bahan-bahan
- 1 botol sos pasta Leggo’s Classic Tomato With Chunky Tomato & Herb
- 300g Spiral Pasta
- 1 biji terung, potong dadu
- 1 biji bawang besar dicincang halus
- 1 biji besar lada benggala merah, potong dadu
- 2 biji timun jepun, potong dadu
- 2 ulas bawang putih, diketuk
- 3 tangkai daun Oregano dan Thyme
- 3 sudu makan olive oil La Espanola Extra Mild In Flavour
- 1/ 4L cawan air
- Keju Parmesan, diparut
- Garam dan lada sulah
Cara membuatnya
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang sehinga keperangan. Seterusnya, tumis sayuran yang telah dipotong dadu dan bawang putih sehingga masak.
- Masukkan sos pasta Leggo’s Classic Tomato With Chunky Tomato & Herb dan reneh selama 15 minit. Tambahkan daun Oregano dan Thyme ke dalam sup bersama Spiral. Masak selama 15 minit. (Sedikit air, garam dan lada sulah boleh ditambah mengikut citarasa.
- Taburkan keju yang telah diparut. Siap!
RESEPI PASTA AMATRICIANA
Bahan-bahan
- 1 pack Spaghetti, dimasak dan ditoskan
- 1 Botol Sos Pasta Leggo’s Bolognese With Mushroom
- 200g daging bakon, dihiris
- 4 sudu makan olive oil La Espanola Extra Mild In Flavour
- Segenggam daun selasih segar, dihiris
- Garam & lada sulah secukup rasa
- 6 ulas bawang putih, dihiris
- 2 biji bawang merah, dihiris
- 100g cendawan butang, dihiris nipis
Cara membuatnya
- Tumis daging bakon dengan olive oil La Espanola Extra Mild In Flavour dengan api besar sehingga sedikit garing. Tambahkan bawang merah, bawang putih dan cendawan dan masak selama 2 minit sehingga naik bau.
- Masukkan Sos Pasta Leggo’s Bolognese With Mushroom ke dalam kuali dan kacau.
- Tambahkan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa. Renehkan sos selama 4-5 minit.
- Tambahkan hirisan daun selasih segar ke dalam sos.
- Tuangkan sos ke atas spaghetti yang telah dimasak. Dah siap!
Apa lagi bulan puasa ni kalau buntu nak masak apa, boleh lah cuba resepi mudah ni! Tak payah pening-pening nak fikir. Mana nak dapat Leggo’s Australia dan La Espanola Olive Oil ni? Boleh dapatkan juga di IFMAL!
- La Espanola Olive oil : https://ifmal.com/?s=la+espanola&post_type=product&et_search=true
- Leggo’s Bolognese With Mushroom Pasta Sauce 500g : https://ifmal.com/product/leggos-bolognese-with-mushroom-pasta-sauce-500g/
- Leggo’s Classic Tomato With Chunky Tomato & Herb Pasta Sauce 500g : https://ifmal.com/product/leggos-classic-tomato-with-chunky-tomato-herb-pasta-sauce-500g/
Add comment
You must be logged in to post a comment.