Kalau orang tanya saya resepi sahur apa yang mengenyangkan dan tahan lama. Saya akan cakap susu dengan kurma. Saya memang bukan yang makan nasi waktu sahur. Tekak tak boleh nak terima. Sekali saya cuba susu dengan kurma ni 3 tahun lepas terus tak nak makan benda lain waktu sahur.
Tapi saya memang suka variasi kan lagi susu kurma yang saya minum setiap kali sahur untuk buatkan saya lebih bertenaga, tidak cepat lapar, dan sihat.
Susu biasanya saya akan pakai susu devondale full cream dan juga kurma ajwa daripada IFMAL. Susu devondale ni bagi saya istimewa sebab susu full cream dia rasa macam susu fresh. Kurma ajwa daripada IFMAL pula semuanya gemuk-gemuk bulat cantik! Memang good match. Jom tengok 3 resepi yang boleh anda cuba untuk buat susu kurma yang mudah, sedap dan berkhasiat ini.
- Susu Kurma Biasa
- Bahan-bahan
- Kurma Ajwa 7 biji
- Susu Devondale 250ml
- Cara-caranya
- Buang biji daripada kurma
- Rendamkan isi kurma dalam susu semalaman dalam peti ais
- Esok sedia diminum, kalau nak blend pun boleh
- Bahan-bahan
- Susu Kurma Oat
- Bahan-bahan
- Kurma Ajwa 7 biji
- Susu Devondale 250ml
- Oat 3 sudu makan
- Cara-caranya
- Buang biji daripada kurma
- Rendamkan isi kurma dan oat dalam susu semalaman dalam peti ais
- Esok sedia diminum, kalau nak blend pun boleh
- Bahan-bahan
- Susu Kurma Special (yang ni memang favorite saya hari-hari)
- Bahan-bahan
- Kurma Ajwa 7 biji
- Susu Devondale 250ml
- Oat 3 sudu makan
- Granola 3 sudu makan
- Madu Kelulut 1 sudu makan
- Greek Youghurt 2 sudu makan
- Chia seed 2 sudu kecil
- Cara-caranya
- Buang biji daripada kurma
- Masukkan semua bahan dalam susu semalaman dalam peti ais
- Esok sedia diminum, kalau nak blend pun boleh juga!
- Bahan-bahan
Susu Kurma ni banyak kelebihannya. Bukan sahaja bagus diambil ketika berpuasa malah bagus juga diamalkan ketika mengandung dan ketika menyusu badan.
- MENYUSU BADAN : susu campuran kurma ni diperakui oleh ramai ibu-ibu menyusu badan yang ia dapat membantu memperbanyakkan susu badan mereka. Bayi yang mendapat susu badan secukupnya akan lebih sihat serta kurang mendapat penyakit. Banyak khasiat yang terkandung dalam Susu Segar & Kurma itu sendiri.
- IBU MENGANDUNG : Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat nutrien untuk diri sendiri serta bayi dalam kandungan. Antaranya adalah kandungan iron zat besi yang tinggi dalam susu ini dapat membantu pembentukan sel darah merah yang sihat bagi bayi dalam kandungan.
- GASTRIK : Selain itu Susu Kurma dapat membantu pesakit gastrik dimana mereka yang mengamalkan minum Susu Kurma semasa sahur dan berbuka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa dan kurang gangguan sakit perut.
- MENJAGA KESIHATAN JANTUNG : Salah satu manfaat yang ditawarkan oleh susu kurma adalah baik untuk kesehatan jantung. Kandungan nutrisi yang ada di dalamnya ternyata dapat menurunkan penyebab penyakit jantung. kurma yang ada turut dapat menurunkan tekanan darah hingga menjadi stabil. Ini kurma kaya akan kalium, tetapi memiliki natrium yang cukup sedikit. Kalium membantu menurunkan tekanan darah dan membantu tubuh mendorong natrium, sehingga pembuluh darah tidak selalu terganggu. Serat yang ada pada kurma pun juga membantu menjaga jantung tetap dalam keadaan sehat.
- MEMBANTU MERINGANKAN SEMBELIT : Kurma yang sememangnya kaya dengan serat secara tidak langsung memudahkan lagi sistem penghadaman dan lancar.
- MENGUATKAN TULANG & GIGI : susu dan kurma kaya dengan kalsium. Bahkan, kurma juga mengandung selenium, tembaga, dan magnesium yang boleh menguatkan tulang anda. Bukan hanya tulang, kandungan nutrisi ini juga membuat gigi lebih kuat.
- MENJAGA KESIHATAN SISTEM SARAF : Kaya dengan vitamin B, kalium, dan natrium ternyata membuat manfaat susu kurma dapat menjaga kesihatan sistem saraf. Ketiga nutrisi tersebut sangat diperlukan untuk tubuh agar dapat mengirimkan pesan dari tubuh ke otak, serta sebaliknya melalui sistem saraf.
Jadi apa lagi, jom amalkan minum susu kurma ni. Baik bulan puasa mahupun bukan bulan puasa. Banyak khasiatnya yang kita boleh dapat! Nak dapatkan Susu Devondale dengan Kurma?
- Ajwa 250g https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-kurma-tamar-jumbo-250g/
- Ajwa 500g https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-kurma-tamar-jumbo-500g/
- Ajwa 1kg https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-kurma-tamar-jumbo-1kg/
- Ajwa 5kg https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-kurma-tamar-jumbo-5kg/
- Medjool 5kg https://ifmal.com/product/premium-palestinian-medjoul-dates-kurma-tamar-5kg/
- Devondale Full Cream Milk 1L https://ifmal.com/product/devondale-full-cream-milk-1l-10-pack/
- Devondale Semi Skim Milk 1L https://ifmal.com/product/devondale-semi-skim-milk-1l-10-pack/
Add comment
You must be logged in to post a comment.