Romantik. Bersemangat. Cantik. Keperempuanan. Ini apa yang kebanyakkan pengumpul barangan pinggan mangkuk dan hadiah seluruh dunia apabila ditanya mengenai Royal Albert . Jenama ini diinspirasikan daripada English country garden dan juga bunga kebangsaan mereka, bunga mawar. Pinggan mangkuk ini memang anggun dengan rekaan klasik dan kontemporarinya.
Kisah Royal Albert ini bermula sejak 100 tahun lalu. Dari sebuah perniagaan tembikar kecil yang ditubuhkan oleh Thomas Wild pada tahun 1896 di Longton. Longton merupakan salah satu bandar di Stoke-on-Trent. Perniagaan keluarga ini bermula dengan nama “The Potteries”. Atas kerja keras dan usaha Thomas dan anak-anaknya Fred dan juga Tom menjadikan perniagaan keluarga itu lebih popular untuk set bone china bagi tea and breakfast .
Jadi macam mana Royal Albert mendapat namanya? Oleh kerana nama barangan ini berkait dengan keluarga diraja daripada awal lagi, selepas Prince Albert menjadi King George VI pada 1936, bone China yang dihasilkan di kilang itu dijenamakan sebagai Albert Crown China. Perkataan Royal ditambah pada 1904. Tak lama kemudian lebih dikenali dengan nama sebagai Royal Albert.
Bermacam corak dan motif bunga yang dipamerkan pada produk pinggan mangkuk mereka. Daripada pelbagai warna dan juga corak. Royal Albert telah mendapat tempat dalam memenuhi citarasa masyarakat ketika itu, dari harga yang sederhana mahupun yang mahal. Lebih-lebih lagi, ketika peringatan Diraja yang pertama berlangsung pada tahun 1897 untuk meraikan Jubli Berlian Queen Victoria. Jadi, mereka menawarkan lebih banyak rekaan untuk setiap pinggan mangkuk. Tidak lama kemudian Royal Albert mula dikenali serata dunia.
Antara Pereka untuk Royal Albert paling popular adalah Harold Holdcroft. Beliau telah mereka corak Old Country Rose yang menggabungkan warna merah bunga ros dengan warna hijau yang lembut. Bersama warna emas pada tepian pinggan mangkuk. Sejak corak itu dilancarkan oleh mereka, ratusan juga pinggan mangkuk telah terjual serata dunia.
Reka bentuk semula jadi tetap menjadi minat hingga ke hari ini. Harold digantikan dengan Peter Roberts pada tahun 1972 dan studio mereka masih lagi mengekalkan corak bunga pada pinggan mangkuk. Hubungan Royal albert dan diraja masih lagi berterusan hingga kini. Mereka mempunya dua Waran Diraja dan terus terlibat dalam memperingati peristiwa penting terutamanya ketika majlis ulang tahun diraja.
Anda juga boleh dapatkan Royal Albert murah di IFMAL. Antara corak yang anda boleh dapatkan seperti Country Rose, New Contry Rose, Polka Rose (https://ifmal.com/?s=royal+albert&post_type=product&et_search=true)
Rujukan :
http://www.royalalbertpatterns.com/reference%20pages/Royal%20Albert%20History.htm
Add comment
You must be logged in to post a comment.