Air Tonik Schweppes bermula pada 1783 sebagai pengasas pertama bagi minuman ringan. Sebagai pengasas Jacob Schweppe telah mewujudkan satu fenomena baru dalam penghasilan minuman berkarbonat. Beliau telah menambah baik dan patenkan proses pembuatan air mineral.
Semua penggemar menggelar Schweppes sebagai “Lightning in A Bottle” disebabkan ia adalah air minuman dalam botol yang pertama berjaya mengekalkan gas di dalamnya. Pada tahun 1836 mereka telah menerima waran pelantikan daripada Raja William IV di England. Secara tidak langsung menjadikan mereka bertambah popular dalam kalangan masyarakat dan semakin membangun.
Schweppes menjadi minuman rasmi bagi Great Exhibition pada tahun 1851 yang diadakan di Crystal Palace, London. Peristiwa ini memberi kesan sangat besar kepada mereka sehinggakan lambang air pancut masih dunakan dalam logo mereka hingga kini.
Pada tahun 1950an ketika Kempen Pengiklanan Schweppshire jurucakap beliau Commander Edward Whitehead datang dengan perkataan “schweppervescence” untuk melambangkan kualiti air ini yang menyerlah dan fizzy. Sekarang ini sudah hampir 235 tahun Schweppes berada dalam pasaran dunia dan sangat dikenali. antara produk mereka adalah air berkarbonat, ginger ale, club soda dan juga air tonik.
Di IFMAL kita pun ada juga product Schweppes ni. Antaranya :
- Soda Water Flavour Bottle 300mL : https://ifmal.com/product/schweppes-soda-water-flavour-bottle-300ml/
- Lemonade Flavour Bottle 300mL : https://ifmal.com/product/schweppes-lemonade-flavour-bottle-300ml/
- Lemon Lime & Bitters Flavour Bottle 300mL : https://ifmal.com/product/schweppes-lemon-lime-bitters-flavour-bottle-300ml/
- Tonic Water Flavour Bottle 300mL : https://ifmal.com/product/schweppes-tonic-water-flavour-bottle-300ml/
- Bitter Lemon Flavour Bottle 300mL : https://ifmal.com/product/schweppes-bitter-lemon-flavour-bottle-300ml/
- Lemonade Zero Sugar 375mL : https://ifmal.com/product/schweppes-lemonade-zero-sugar-375ml/
- Traditional Raspberry Flavour 375ml : https://ifmal.com/product/schweppes-traditional-raspberry-flavour-375ml/
- Lemonade Soft Drink 375ml : https://ifmal.com/product/schweppes-lemonade-soft-drink-375ml/
- Solo Original Lemon Soft Drink 375mL : https://ifmal.com/product/solo-original-lemon-soft-drink-375ml/
- Sunkist Soft Drink 375mL : https://ifmal.com/product/sunkist-soft-drink-375ml/
Minuman ini adalah keluaran daripada Asahi Group Holdings, Ltd. yang bertapak di Jepun. Tapi Schweppes di IFMAL ni kita bawa daripada Australia. Schweppes Australia merupakan antara syarikat untuk Asahi Beverages untuk produk bukan alkohol yang beroperasi di Australia sejak ketibaan produk itu di sana pada tahun 1850.
Solo dan sunkist ni pun sebenarnya adalah product daripada Asahi Group juga. Solo ni memang antara lemonade paling popular dekat IFMAL. Setiap kali masuk memang laju habis. Ada yang sanggup beli berkotak-kotak. Rasa dia memang sedap sebab ada 5% lemon sebenar, memang boleh hilang haus kalau minum ni. Sekali rasa mesti nak lagi. Boleh dapatkan di IFMAL dan rasa sendiri!
Rujukan :
- Schweppes Australia : https://www.schweppes.com.au/
- Asahi Australia : https://asahi.com.au/brands/soft-drinks
- Solo Australia : https://www.facebook.com/solothirstcrusher/
Add comment
You must be logged in to post a comment.