Bila nak mulakan hidup berumah tangga ni, biasanya yang diperlukan adalah pinggan mangkuk. Pernah baca zaman dulu masa mula nak hidup mak-mak kita ni ada yang kumpul duit sikit-sikit ada yang join kutu untuk beli pinggan. Dulu kalau nak beli pinggan berkualiti ni memang mahal.
Sekarang boleh cakap nak dapat set pinggan mangkuk yang berkualiti tinggi tu mudah. Ramai juga yang buat hadiah kahwin untuk kawan-kawan bagi pinggan mangkuk ni. Ini antara hadiah yang bagus dan sangat membantu. Kalau tak ada orang hadiah pinggan mangkuk bolehlah beli sendiri.
Kalau nak beli pinggan ni dengar macam mudah aje. Ada juga yang rasa semua pinggan sama aje. Sebenarnya tak. Ada beberapa yang anda perlu ambil tahu lagi-lagi untuk pasangan baru berkahwin kalau nak beli pinggan :
1. Pertimbangkan soal bajet.
Bila baru kahwin banyak wang dah dikeluarkan untuk majlis perkahwinan, kalau boleh ketepikan bajet yang sesuai untuk pinggan anda.
2. Jenis pinggan.
Sebenarnya pinggan ni banyak jenis, bukan sama semuanya. Ada dinner plate, luncheon plate, bread butter plate, rice bowl, soup bowl dan macam-macam jenis lagi. Biasanya size dan kedalaman pinggan adalah berbeza.
Ia juga dibuat dengan material yang berbeza. Ada vitrelle, stoneware, earthenware, melamine. Setiap material ni juga punya berat yang berbeza dan juga ketahanan yang berbeza. Pada pendapat kami, pada zaman sekarang ni untuk pinggan basahan, tidak renyah, ringan dan tahan lasak semestinya pinggan yang diperbuat daripada Vitrelle iaitu Corelle!
3. Set permulaan atau tambahan dan untuk berapa orang.
Kalau fikir untuk permulaan, eloklah set utk dua orang. Memandangkan hidup baru berdua kan. Tapi kalau risau ada orang datang ambil yang set 4 orang.
4. Saiz pinggan
Size pinggan sebenarnya memainkan peranan juga. Terlalu kecil akan menjadikan hidangan terlampau padat ataupun tidak selesa.
5. Kualiti
Untuk penjimatan tengok kualiti yang tahan lama. Kualiti yang baik adalah pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang. Bila tahan lama tak perlu keluarkan duit yang banyak pada masa hadapan hanya untuk pinggan.
Setelah timbal balik semua faktor diatas, bolehlah fikirkan soal corak mahupun warna. Untuk lebih mudah, mulakan dengan warna putih kosong. Pinggan putih kosong ni sebenarnya bukan nampak biasa-biasa, tapi menjadikan hidangan anda lebih menyerlah. Selain itu kelihatan elegan.
Bila dah mula selesa sikit boleh tambah pinggan bercorak mengikut citarasa. Zaman sekarang ni orang lebih minat pinggan yang bercorak minimalis mahupun abstrak.
Kalau tanya kami pinggan apa yang menepati semua keadaan di atas, mestilah Corelle. Kalau ada duit lebih boleh beli Corelle Set. Dekat IFMAL boleh dapat Corelle Set 16pcs dengan harga murah tau! Untuk pasangan baru berkahwin ni kalau bajet tak banyak sangat, boleh dapatkan corelle loose. Tak apa kita kumpul sikit-sikit ikut bajet. Sikit-sikit lama jadi bukit kan? Yang lebihnya kalau Corelle Loose ni dia ada macam-macam jenis pinggan berbanding set. Kita boleh tambah ikut berapa banyak kita nak.
Kalau nak cari Corelle Set terus boleh mulakan dengan Corelle Classic. Kualiti dan harga memang setanding. Design yang ada juga banyak yang cantik-cantik menepati citarasa orang muda zaman sekarang. Kalau anda tercari-cari hadiah untuk kawan yang nak kahwin tu bolehlah juga dapatkan set corelle di IFMAL dengan harga murah tapi kualiti dan originaliti terjamin.
Add comment
You must be logged in to post a comment.