Bangun awal pagi, hidupkan api untuk bakar arang. Kemudian bersusah payah buang habuk untuk letakkan dalam seterika. Bila dah mula panas, guna daun pisang untuk alas, tak macam seterika sekarang boleh letak menegak supaya permukaan panas tak membakar alas. Kalau letak menegak seterika kepala ayam ni, habis la keluar semua jenis debu & arang.
Seterika tu berat, memang susah nak handle. Pemegang seterika tu kita kena alas dengan kain kalau tak kulit melekat la dekat pemegang tu. Hahaa, panas woooo. Itu dulu, masa admin kecik2 sempat la tengok arwah moyang guna seterika kepala ayam ni. Tapi seterika tu masih boleh guna sampai sekarang. Bila kita letak atas kain, smooth je pergerakan dia. Sebab berat tu, dan permukaan iron dia betul2 licin, membuatkan setiap gosokkan tu mantap!
Itu teknologi zaman dulu yang kita adaptasi & guna pakai. Bila zaman dah berubah ni, persoalannya, relevenkah kalau kita masih lagi nak guna cara atau alat yang sama? Berapa lama masa kita ambil untuk siapkan satu baju? Bersih ke baju kita dari habuk2 arang tu? Jawapannya admin rasa sangat “straight forward”, selurus bucu baju yang kita gosok. Haaaa.
Bila kita tanya buat apa beli seterika mahal-mahal? Baru-baru ni ada orang hadiahkan admin iron tefal. Admin macam skeptikal sikit la sebab rasa macam sama aje. Pagi tu dalam kelam kabut nak pergi kerja pakailah juga iron baru ni memandangkan iron lama admin baru je bakar tudung. Tak sampai lima minit terus hilang segala kedut. Kejap aje dah panas. Senang aje meluncur atas kain tu.
Masa itu adalah lebih mahal daripada emas. Sebanyak mana duit kita ada boleh membeli jam mahal mahupun kereta mahal tak akan dapat membeli masa mahupun mengejar masa! Masa tetap akan ada 24 jam sehari. Tak pernah kurang mahupun lebih. Kenapa nak bazirkan 15 minit sehari, 75 minit seminggu, 300 minit sebulan hanya dengan menggosok baju? Banyak perkara yang boleh buat dalam masa yang dibazirkan tu.
Jadi admin percaya yang seterika sekarang lebih menjimatkan masa, penggunaan lebih baik dan mengurangkan renyah kerja menggosok baju. Sebagai contoh, seterika “new age” ni kita gosok baju dah siap sangkut, atau tak perlu lagi renjis atau sembur air atas baju sebelum menggosok. Persiapan sebelum menggosok pun orang fikirkan kesenangan untuk kita dengan seterika segera panas kurang dari 2 minit. Teknologi yang memberi manfaat kepada orang dan perkara lain.
Kita tengok semula seterika kepala ayam. Kalau kita bandingkan nilai harga dulu2, sama je sebenarnya. Tak semua mampu miliki seterika kepala ayam ni. Bayangkan kalau dulu seterika baju ambil masa 2 jam, dan sekarang 5 minit siap. Banyak lagi benda penting dan manfaat kita oleh buat untuk perkara lain.
Jadi bagi admin, kalau harga mahal kita oleh kumpul duit untuk beli. Tapi nak dapatkan kelebihan dari segi penggunaan dan juga masa untuk buat benda lain tu lebih penting sebenarnya. Kita kena bijak, tahu nilai satu-satu barang bila kita beli dengan duit titik peluh kita, dan guna sebaiknya.
Nak tahu cara untuk elakkan 3600 minit setahun membazir begitu sahaja? Guna Seterika Tefal ni! Membantu menjimatkan masa anda! Kalau tak kenan Tefal, kita ada Philips juga! Setanding hebatnya!
- Tefal Fasteo Steam Generator SV6020 : https://ifmal.com/product/tefal-fasteo-steam-generator-sv6020-v-uk/
- Tefal Access Steam First Handheld Garment Steamer DT6131 : https://ifmal.com/product/tefal-access-steam-first-handheld-garment-steamer-dt6131-v-uk/
- Tefal Access Steam Handheld Garment Steamer DT8150G0 : https://ifmal.com/product/tefal-access-steam-handheld-garment-steamer-dt8150g0-v-uk/
- Tefal Liberty Steam Generator SV7040 : https://ifmal.com/product/tefal-liberty-steam-generator-sv7040-v-uk/
- Philips Steam Generator Iron HI5916 / 26 : https://ifmal.com/product/philips-steam-generator-iron-hi5916-26-v-uk/
Add comment
You must be logged in to post a comment.