Pernah dengar tak Lactose Intolerance? Dia biasanya selalunya berkait dengan kekurangan enzim laktase di dalam tubuh. Ini keadaan di mana tubuh tidak dapat menyerap laktosa. Laktosa ni adalah gula yang terdapat secara ekslusif di dalam susu dan produk tenusu. Tubuh kita ni hanya dapat menyerap laktosa yang telah dicernakan dalam bentuk yang lebih mudah iaitu glukosa dan galaktosa.
Biasanya kalau orang yang Lactose Intolerance ni dalam 30 minit hingga 2 jam baru nampak kesan dia. Contohnya macam sakit perut, kembung, cirit birit, sendawa berlebihan, perut berangin, loya dengan gatal-gatal. Orang macam ni memang akan elak minum susu lembu ke susu kambing ke. Jadi apa alternatif yang boleh orang yang Lactose Intolerance ni kalau nak minum susu? Nak minum coffee tak boleh ada susu?
Boleh cuba susu soya, susu almond atau coconut milk sebagai alternatif. Susu tumbuhan daripada kelapa, soya dengan badam ni memang bebas dari tenusu dan bebas laktosa. Dekat IFMAL semua susu ni boleh beli. Kita import khas daripada Australia. Nama pun dah jelas Australia’s Own!
Organic Soy Unsweetened
Susu soya yang sedap ni tidak mengandungi gula. Bebas daripada soya, gelatin dan juga laktose. Yang lebih hebat susu ini disahkan oleh Australian Certified Organic Bud untuk memastikan pengguna yakin bahawa produk ini benar-benar organik. Susu soya ni biasalah boleh minum biasa, buat smoothies ke nak guna dalam masakkan lagi boleh!
Organic Almond Unsweetened
Kalau susu badam ni pulak dia datang daripada badam organik tau. Tak ada tambahan pemanis, gula tebu, tak ada juga gluten, tak ada kolestrol dan juga laktosa. Sama macam susu soya tadi, susu ni juga dapat cop Australian Certified Organic Bud untuk memastikan pengguna yakin bahawa produk ini benar-benar organik.
Susu badam ni boleh digunakan untuk buat smoothies, bijirin mahupun dalam masakan. Tak percaya jom baca sini : https://australiasownfoods.com.au/product/almond-milk-unsweetened/
Organic Coconut Unsweetened
Akhir sekali susu kelapa ni. Bunyi macam pelik bukan? Tak kan santan pulak kita jual. Lebih kuranglah rasa santan. Yang ni pun sama juga tak ada tambahan pemanis, tak ada juga gluten, dan juga laktosa. Boleh guna dalam masakan atau minum begitu sahaja. Kalau buat latte pun boleh! Jom baca sini dari Australia’s own sendiri : https://australiasownfoods.com.au/product/coconut-milk-unsweetened/
Kalau anda tak boleh minum produk tenusu dan nak plant base milk boleh klik https://ifmal.com/?s=Organic+Unsweetened+&post_type=product&et_search=true sekarang. Kalau nak cuba pun boleh!
Add comment
You must be logged in to post a comment.