Selalu bila orang datang IFMAL mereka akan tanya snacks apa yang sedap. Sebab di IFMAL kita ada bermacam jenis snacks. Rambang mata jugalah nak memilih.
Ini bukan kita nak cerita pasal snack double decker yang boleh dapat hari-hari. Ni kita nak cerita snacks kita bawa khas dari jauh Australia sana. Ada juga yang dari German. Ada juga lokal tapi anda mesti tak pernah jumpa.
Jadi, apa 7 Snacks wajib anda cuba di IFMAL?
1. Lotus Biscoff Biscuits
Ada yang cakap Lotus Biscoff ni dah boleh dapat dekat mana-mana. Anda betul tapi tak 100%. Nak tahu kenapa? Sebab biskut lotus biscoff di IFMAL ni size dia lebih besar berbanding yang anda beli di mana-mana pasaraya. Selain itu anda juga tak perlu berebut dengan orang lain sebab di IFMAL kita ada banyak cookies ni. Siapa yang ada buat bisnes Biscoff Cheesecake ke atau bakeri boleh dapat dekat IFMAL!
Bagi yang baru tahu dan first time nak rasa biscoff ni , anda akan terpesona dengan rasa caramel dia yang lemak manis. First time makan, akan ada rasa macam hangus sikit. Tapi rasa hangus yang sedap la. Ada yang cakap rasa kayu manis. Sedap digandingkan dengan kopi! Sebab tu nama dia Biscoff = biscuits + coffee!
2. Coles Ultimate 40% Chocolate Chip Cookies
Cookies ni setiap kali masuk IFMAL memang laju habis. Sekejap aje dah hilang dekat rak. Mana ada orang ambil sekotak dua kalau dah pernah cuba. Sekali cuba memang nak lagi. Bayangkanlah biskut ni separuh daripada dia dah dipenuhi dengan chocolate chips. Mana ada biskut dekat Malaysia macam tu. Dalam iklan aje nampak banyak. Ini kita bawa khas daripada Australia.
3. Cupchai Kacang Pool Foul Medammas
Kalau nak tahu Cupchai ni kedai yang famous dekat Johor tau. Review banyak kata selalu ‘Full House’ kedai kat JB tu. Boleh tengok dekat TripAdvisor untuk tengok sejauh mana kesahihannya. Inilah kacang pool yang pertama dikeluarkan dalam tin. Bukan biasa-biasa! Yang bestnya produk ni sedia dimakan. Buka tin, hidang. Nak lagi sedap makan dengan roti bakar. Siap letak telur goreng goyang, bawang, cili hijau potong dan limau. Perhh meleleh sedap dia. Sesuai dijadikan snacks untuk sarapan mahupun minum petang!
4. Doritos Original Salted Flavoured Corn Chips
Musim Euro ni memang best kalau sambil tengok sambil makan snacks. Tak pun masa tengok netflix. Memandangkan tak boleh tengok wayang, elok kalau kita tengok dirumah ambil vibe wayang dengan berbekalkan doritos. Dia ni lagi sedap kalau makan dengan dips sekali. Tapi kena tau Doritos ni berbeza dengan snacks chips yang lain sebab ianya daripada jagung! Bukan kentang!
5. Uncle Tobys Oat Creamy Honey.
Mesti ada yang tertanya-tanya tak kan dekat IFMAL ada snacks yang macam ni je? Tak kan tak ada yang healthy sikit untuk orang yang jaga badan? Mestilah kita ada. Uncle Tobys oats creamy honey. Sarapan ala Aussie people macam tu. Memang sedap untuk dimakan sewaktu sarapan. Terasa creamy dan manis madu. Tambah sekali dengan buah-buahan lagi lengkap!
6. Loacker Gran Pasticceria Tortina White
Asyik coklat je kan, apa kata anda cuba white coklat Loacker ni. Wafer dia memang crispy dan ada hazelnut cream di dalam. Ada yang cakap macam rasa Kinder Bueno yang putih tu sikit. Tapi kita rasa ni lagi sedap daripada Kinder Bueno. Kalau cuba ni memang tak cukup satu!
7. Lotus Biscoff Biscuits Spread
Bayangkan biskut lotus biscoff tadi tapi dalam bentuk spread. Masih bawa rasa caramel dan kayu manisnya. Yang paling best pasal spread ni, dia nampak macam likat sikit tekstur spread tu, tapi bila masuk dalam mulut, spread tu akan cair. Kalau nak buat untuk topping cake boleh, nak buat inti bombolini pun boleh! Sekarang memang trend kan apa-apa mesti perisa lotus biscoff. Jangan risau biscoff kami tak pernah scam orang.
Sekarang dah tahu kan snacks apa nak beli dan wajib beli sebenarnya di IFMAL. Apa lagi boleh klik ifmal.com sekarang dan shopping!
Add comment
You must be logged in to post a comment.