Ramai yang tanya susu Devondale ni halal ke tak sejak kami bawa masuk susu ni ke IFMAL. Kami faham mencari yang halal itu fardhu. Terima kasih kerana bertanya.
Devondale ni milik Saputo Dairy Australia Pty Ltd. Susu ni mendapat halal certification daripada AHFS (Australian Halal Food Services) dan ICCV (Islamic Coordinating Council of Victoria)
Product mereka juga sesuai untuk vegeterian. Kalau ada lagi keraguan boleh contact AHFS mahupun ICCV. Biasanya masa yang diperlukan untuk mereka reply dalam 24 hingga 48 jam.
ICCV Bukan Halal Jakim Malaysia, kita nak halal jakim. Mana?
Walaupun Devondale ni mendapat ????? ????????????? ???????? ???? (?????????? ????? ???? ????????) & ???? (??????? ???????????? ??????? ?? ???????? ) ???? ????? ????? ??????? ???? ????? mereka sebab dekat sana adanya gerakan anti-halal.
“Sebenarnye ada satu masa, susu Devondale ni ada logo halal. Tapi orang Aussie boikot sebab dia takut Islamization. Then Devondale tarik balik logo tu. Kami pernah menetap di Australia. Ada antara kami yang menetap lebih 10 tahun di sana.”
Abang J
Ramai yang tanya lagi kata dah bawak masuk Malaysia kenapa tak ada halal Jakim. Kita kena faham yang bukan hanya halal JAKIM yang boleh diterima pakai. Banyak lagi badan-badan halal yang ada di luar sana.
Tahu tak ICCV adalah salah satu daripada tujuh badan Islam Australia yang diiktiraf oleh JAKIM?
Jadi seharusnya tidak ada lagi keraguan datang daripada tuan-tuan dan puan-puan memandangkan JAKIM sendiri dah iktiraf badan halal ni.
Kami sebagai muslim, kami hanya menjual barangan yang kami percaya ia halal. Tetapi kami tak menafikan perbezaan pandangan dan pendirian orang lain. Pada kami halal, pada pandangan orang lain mungkin haram. Tetapi jika pihak tuan/puan memilih untuk berpegang dengan pandangan haram. Ia adalah pilihan dan pandangan pihak anda.
Di sini kita attach sekali email dengan pihak Saputo Dairy Australia Pty Ltd serta ICCV .
Akhir kata, bacalah. Banyak membaca luas pengetahuan. Minumlah susu untuk kecerdasan otak! Harap menjawaplah segala persoalan. Terima kasih.
Kalau nak beli susu klik https://ifmal.com/?s=devondale&post_type=product/ atau datang ke Ifmal Puchong, Melawati dan Bangi
Rujuk :
- Boycott Halal In Australia https://www.facebook.com/131315043683974/posts/386816524800490/
- Campaign boycott halal food https://www.abc.net.au/news/2014-11-20/campaign-to-boycott-halal-food-gains-momentum-in-australia/5907844?nw=0
- Halal Food Australia https://www.halalfood.com.au/product-directory-1/Saputo-Dairy-Australia-Pty-Ltd/Full-Cream-Long-Life-Milk
- Superior Food Services https://superiorfs.com.au/documents/PDF/DDPCM_1.pdf
- ICCV http://iccv.com.au/
- AHFS http://www.ahfservices.com.au/
- Halal Ceritifcation in Australia https://www.aph.gov.au/About_Parliament/Parliamentary_Departments/Parliamentary_Library/pubs/rp/rp1617/Quick_Guides/HalalCert
- Devondale https://www.devondale.com.au/en
- Halal Iktiraf Jakim http://www.halal.gov.my/…/CB%20LIST%201ST%20DEC%202020.pdf
2 comments
AMMAR
?
firza
Jadi pilihlah yang halalan toyyibannnnnn….