Siapa yang pernah duduk Australia memang tak sah tak minum Bundaberg. Bila dah balik Malaysia mesti rindu nak minum air ni. Nak cari pun susah sebab mana tak nya Bundaberg ni Australian Family Owned kan. Jangan susah hati. Datang IFMAL. Ada Bundaberg kita jual!
Tapi dekat kedai lain pun boleh dapat dah Bundaberg! Tak ada special mana pun!
Siapa cakap? Apa yang membezakan Bundaberg dekat IFMAL dengan yang luar sana? Semestinya sebab dekat IFMAL pelbagai pilihan perisa yang susah nak jumpa tau. Kita ada
Tadi saya tengah berjalan dekat store ada seorang customer tanya
“Bundaberg ni halal ke dik?'”
– Akak yang Curious
Kita faham. Nama pun aneh mestilah ada yang ragu-ragu kan. Iyalah kita semua tahu mencari halal itu adalah fardhu. Bundaberg ni bukan air gas tau, dia carbonated juices. It tastes a bit fizzy dalam masa sama rasa juice tu best sangat. Kena cuba baru tau nikmat dia. Kalau dah cuba mesti tak nak dah air RB jenama Aandoubleyou tu. Bundaberg ni airnya semua non-alcohol ya. Cuma air ni di brew 2 hingga 7 hari mengikut perisa.
Pernah dengar tak orang cakap alkohol tak semestinya arak? Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Tapi alkohol bukanlah arak. Arak ni haram bukan sebab dia memabukkan. Tapi atas sifatnya yang najis. Ada beberapa situasi dimana :
- Apabila sesuatu air tu diproses untuk tujuan menjadi arak maka ia adalah haram.
- Rendaman yeast bersama gula maka jadilah proses penapaian yang menghasikan ethanol yang memabukkan. Maka ia adalah haram untuk diminum. Proses pembuatan cuka juga lebih kurang dengan pembuatan arak jadi kena berhati-hati dalam pengambilan cuka.
- Alkohol yang terdapat dalam budu dan tapai. Ia terhasil daripada peraman. Alkohol yang terhasil adalah alkohol semula jadi. Ianya tidak memabukkan maka ianya tidak haram untuk diminum
- Alkohol dalam industri yang terhasil daripada campuran bahan kimia contohnya Methanol. Jadi ianya tidak haram.
- Alkohol dalam minyak wangi yang menjadikan ia harus untuk digunakan kerana ianya terhasil daripada bahan kimia.
Sekiranya dalam jus melebihi 1% kandungan alkohol maka ianya haram untuk diminum. Alkohol digunakan (perisa/perasa) sebanyak 0.5% sahaja yang bertindak sebagai carrier. Maka sekiranya tidak melebihi 0.5% ia bukannya alkohol yang menjerumus kepada arak. Rumusnya di sini : Arak adalah arak maka ianya haram dan Alkohol tak semestinya arak.
Tuntasnya untuk bundaberg ni bukan air alkohol ya. Sekiranya ada kandungan alkohol semuanya dibawah 0.5%. Maka sebab tu Bundaberg boleh dilabel sebagai non-alcoholic drinks.
All Bundaberg Brewed Drinks naturally brewed products contain minute residual traces of alcohol. Our manufacturing process uses natural yeast which feed on sugars and ferments the ‘brew’ to be used as a base for our beverages. Alcohol is a by-product of this fermentation process. Before we fill the product into bottles we heat the brew to above 70 degrees C. to kill the yeast, halt the fermentation process, and remove the alcohol. After this heating process all of our products have a residual alcohol level of less than 0.5%. It is this manufacturing process, and the natural brew component in our beverages which adds the flavour profile unique to our products.
The legal level allowable in a soft drink for it to be labelled as a non alcoholic beverage is 0.5%. We promote all of our beverages as a soft drink which is an acceptable alternative to intoxicating beverages. For further confirmation you may find information regarding Non Alcoholic Beverages in Food Standard 2.6.2 on www.foodstandards.gov.au.
– Bundaberg
Gulten pun tiada dalam airnya dan yeast yang digunakan pakai juga adalah vegeterian friendly
Our products are gluten free and do not contain any barley, malt extract, wheat products or hops. The yeast we use in our brewing process is Saccharomyces Cerevisiae, which is suitable for Vegans, Lacto Vegetarians, Ovo-Lacto Vegetarians and Coeliacs.
– Bundaberg
So siapa yang dah lama mengidam nak minum Bundaberg boleh datang ke IFMAL untuk dapatkan sekarang. Tapi ingat air ni kita tak boleh nak pos ya. Nanti abang courier marah kita. Klik https://ifmal.com/?s=bundaberg&post_type=product&et_search=true sekarang
Rujukan
- Apa Beza Alkohol dan Arak? Alkohol Tidak Semestinya Arak : https://www.youtube.com/watch?v=dcwzu0D5cUM
- Bundaberg : https://www.bundaberg.com/en-us/faqs/
Add comment
You must be logged in to post a comment.