Almondy : Daim Chocolate Cake with Crunchy Caramel dengan Almondy : Toblerone Chocolate Cake ni halal ke tak, mesti semua tertanya kan. Ramailah yang tanya halal ke tiap kali nampak kek daim dengan kek toblerone kita ni. Jom kita cerita sikit. Halal atau tidak sebenarnya.
Kita semua tahu yang Daim dengan Toblerone ni memang menjadi coklat kegemaran ramai kan. Siapa yang tak nak cuba bila dah ada versi kek pula kan?
Berita baik, Kek Daim dan Toblerone ni kedua-duanya mempunyai logo Halal.
Kalau tak percaya boleh tengok sendiri gambar belakang kotak dia, siap gambar logo halal, Kosher Dairy, Vegetarian dan Gluten-free lagi.
Maka bolehlah makan kek Daim dan Toblerone ni tanpa ragu, tak perlu risau lagi!
Tapi Kosher dengan Halal benda berbeza. Kosher tu Yahudi punya!
– Cik Mat
Betul Kosher Dairy dan Halal adalah benda yang berbeza. Jom kita cerita pasal Kosher ini apa sebenarnya. Kosher ini datang dari Bahasa Ibrani (Hebrew) “kashér” yang membawa maksud suci, tepat, atau sesuai untuk dimakan.
Kosher merujuk pada makanan yang boleh dimakan, undang-udang pemakanan pula dipanggil Kashrut. Kashrut ialah undang-undang diet yang berkaitan dengan makanan yang dibenarkan oleh orang Yahudi untuk makan dan bagaimana makanan tersebut harus disediakan mengikut undang-undang Yahudi.
Tahu tak dalam undang-undang ini, orang yahudi tak boleh makan Khinzir, Unta, Arnab, Makanan bercengkerang dan burung pemangsa. Cara penyembelihan kosher juga tak lari dari cara Islam yang mana kerongkong hiawan tersebut hendaklah dipotong dengan cara yang menyebabkan pendarahan cepat, lengkap dan mat secepat mungkin. Kosher pun sebenarnya ada dua jenis. Kosher Dairy dan juga Kosher meat. Untuk kek ni ianya adalah Kosher Diary.
Kosher Dairy merujuk kepada makanan tanpa meat derivatives (gelatin dan macam-macam lagi) . Jadi ianya sesuai untuk golongan vegeterian memandangkan mereka hanya makan makanan yang daripada tumbuh-tumbuhan. Makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan semestinya boleh kita makan tanpa was-was.
kalau ada logo K – Kosher, tak ada logo Halal pun tak apa. Sebab Kosher lagi strict dari Halal.
– Wan Muhd Faizul Adli
Betul, Kosher lebih strict dalam pengikirafannya dalam memisahkan percampuran antara daging dan tenusu. Jadi, orang yang mempunyai dairy allergies/lactose intolerance lebih yakin untuk consume.
Menuturt tradisi Kosher, makanan yang dikategorikan sebagai daging tidak boleh disajikan atau dimakan pada waktu makan yang sama dengan produk tenusu. Selain itu, semua perkakas dan peralatan yang digunakan untuk memproses dan membersihkan daging dan tenusu perlu disimpan terpisah – termasuklah sinki tempat mereka dicuci.
Selepas makan daging, biasanya mereka akan tunggu masa yang ditentukan sebelum memakan produk tenusu. Biasanya antara satu hingga enam jam. Tapi jangka masa berbeza antara adat Yahudi yang berbeza. Boleh baca lebih lagi mengenai Kashrut iaitu dietery laws traditional jewish.
Akhir kata, tak ada logo Halal bukan bermakna tak boleh makan. Macam kita selalu bagi tahu, perusahaan luar negara ni ada waktunya tak nak ambil halal disebabkan adanya Islamophobic. Sekiranya mempunyai logo halal akan diboikot. Untuk lebih yakin makanan dari luar negara ni kita tengok juga ingredients dia sebelum beli.
Rujuk
Add comment
You must be logged in to post a comment.