Untuk yang dah lama dengan IFMAL, mesti tahu yang kita bawa barangan dan makanan import daripada luar negara. Terutamanya Australia. Untuk yang baru kenal IFMAL,bila melibatkan makanan antara persoalan yang selalu kami terima ialah halal atau tidak.
Faham mencari yang halal adalah fardhu. Kami sendiri sebagai muslim, kami hanya menjual barangan yang kami percaya ia halal. Tiada unsur syubhah InsyaAllah. Kami tak akan jual kalau ada untuk syubhah dalam makanan dan minuman kami.
Sebagai contoh, terutamanya makanan dan minuman di Australia, dekat sana semestinya tiada halal JAKIM di sana. Di sana ada beberapa badan berautoriti yang mengeluarkan halal di Australia sebagai contoh Australian Halal Authority & Advisers (AHAA), Adelaide Mosque Islamic Society of South Australia (AMISSA), Al-Iman Islamic Society Inc (AIS), Australia Halal Food Services (AHFS), Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV), Islamic Association of Geraldton dan Islamic Association of Katanning.
Badan-badan ini juga antara badan yang diiktiraf halalnya oleh pihak JAKIM sendiri. Boleh tengok dan baca sendiri di http://www.halal.gov.my/…/CB%20LIST%201ST%20DEC%202020.pdf untuk panduan anda badan-badan halal yang diiktiraf JAKIM untuk setiap negara.
Cuma permasalahan sekarang. Kebanyakkan makanan yang dapat halal Australia tak mempamerkan logo halal. Ini disebabkan adanya Islamophobic di sana. Pihak-pihak yang takut akan Islam bertindak untuk boikot sebarang makanan yang ada logo halal.
Mereka anggap barang yang ada logo halal menyokong gerakan teroris. Isu ini bermula sejak tragedi 11 September 2001 di US. Jadi pihak pengeluar bertindak untuk tak letak logo halal untuk mengelakkan boikot pada produk mereka.
Selain itu team kami di Aussie akan check setiap kandungan sebelum bawak masuk sini. untuk memastikan tiada unsur syubhah dan makanan yang datang adalah daripada kandungan yang halal untuk dimakan bagi ummat Islam. Even pinggan Noritake yg tak halal pun kami tak ambil, kami ambil yg porcelain sahaja.
Kalau masih ada keraguan anda boleh google ingredient product ni di website rasmi pengeluar, semak bahagian FAQ untuk status halal ataupun email ke pihak pengeluar ataupun badan-badan berautoriti yang mengeluarkan halal negara tersebut. Kebiasaannya mengambil masa sehari dua untuk dijawab.
Nak tahu penjelasan halal bagi produk-produk lain? :
- https://ifmal.com/status-susu-devondale-ni-halal-atau-tidak/
- https://ifmal.com/barista-bros-halal-atau-tidak-untuk-diminum/
- https://ifmal.com/kek-daim-dan-toblerone-halal-atau-tidak/
- https://ifmal.com/air-bundaberg-halal-atau-tidak-untuk-diminum/
- https://ifmal.com/produk-cadbury-ni-halal-atau-tidak/
- https://ifmal.com/nutella-australia-halal-atau-tidak-sebenarnya/
- https://ifmal.com/penjelasan-isu-status-halal-produk-lotus-biscoff/
Tetapi kami tak menafikan perbezaan pandangan dan pendirian orang lain. Pada kami halal, pada pandangan orang lain mungkin haram. Jika pihak tuan/puan memilih untuk berpegang dengan pandangan haram. Ia adalah pilihan dan pandangan pihak anda.
- Boycott Halal In Australia https://www.facebook.com/131315043683974/posts/386816524800490/
- Campaign boycott halal food https://www.abc.net.au/news/2014-11-20/campaign-to-boycott-halal-food-gains-momentum-in-australia/5907844?nw=0
- Halal Food Australia https://www.halalfood.com.au/
- Superior Food Services https://superiorfs.com.au/
- Halal Ceritifcation in Australia https://www.aph.gov.au/About_Parliament/Parliamentary_Departments/Parliamentary_Library/pubs/rp/rp1617/Quick_Guides/HalalCert
- Halal Iktiraf Jakim http://www.halal.gov.my/…/CB%20LIST%201ST%20DEC%202020.pdf
Add comment
You must be logged in to post a comment.